
- (Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmizi)
Belajar daripada orang yang 'alim dan bertanya jika tidak tahu@faham...
Syeikh membacakan hadith yang pertama, yang diriwayatkan daripada Abi Said Al-Khudri, daripada Nabi s.a.w.: ‘Jangan mendatangi hamba tawanan yang hamil sehingga dia melahirkannya, dan jangan mendatangi hamba tawanan yang hamil sehingga datang haid satu kali.”
Wujudnya tawanan perang dalam peperangan itu bukannya Islam yang buat begitu, tapi sudah ada sebelumnya, memang lumrah dalam peperangan, sama ada laki2 akan menjadi tawanan perang, atau dijadikan sebagai pertukaran, atau dipancung, atau dijadikan hamba sahaya.
Dalam Islam apabila perempuan yang sudah berkahwin ditawan, lalu dijadikan sebagai hamba sahaya, jangan disetubuhi terus, hendaklah tunggu sehingga datang haid satu kali sebagai tanda suci daripada benih suami yang sebelumnya, kemudian barulah boleh disetubuhi. Hati-hati, jangan sampai tersalah baca doa pada malam pertama. Permasalahannya, macam mana hubungan dengan suami yang sebelumnya? Hubungan dengan suami yang sebelumnya itu putus sama sekali.
Nabi kita bersabda: “Tidak halal bagi seseorang yang mengaku beriman dengan Allah dan hari akhirat, menyiram air pada tanaman orang lain.”
Oooo, lihat, Nabi kita cukup malu dalam membicarakan persoalan begini, Nabi tidak guna lafaz yang jelas sebaliknya menggunakan lafaz kinayah atau yang padanya bahasa kita itu membawa erti kiasan. Kiasannya apa? Jangan kamu pancutkan air manimu ke dalam faraj orang lain, biar hamba tadi itu suci dari benih suaminya yang dulu dengan satu kali haidh, kemudian baru kita mendatanginya.
Syeikh sempat menasihati kami selaku pelajar Azhar agar memanfaatkan masa di bulan Ramadhan nanti dengan perkara yang berfaedah, jangan terlalu banyak tidur. Gunakan bulan Ramadhan dengan banyakkan membaca Al-Quran, menatap hadith2 dan juga tafsir2 Quran. Begitu juga masa yang ada di bulan Ramadhan ini sangat banyak untuk kita membaca kitab2.
Ulama adalah orang yang paling mulia di sisi Allah. Kenapa orang yang mulia di sisi Allah sanggup dipandang hina oleh masyarakat dan sebahagian orang. Al-Quran boleh iktiraf ulama tapi kenapa pula kita tidak boleh dan tetap2 sahaja hina mereka.
Maka disebabkan itulah kitab ini diperkenalkan kerana ingin mengumpul kembali hadith2 yang mencetitakan tentang kedududkan seorang ulama. Ini kerana kita lihat hari ini orang lebih memandang tinggi kepada atlet, seniman namun tidak kepada ulama.
Memang kita perlu kepada jawatan, memang kita perlu kepada duit tapi jangan sampai kita merendah-rendahkan ilmu kita. Pesanan ini khas ditujukan kepada ulama2 yang mengejar keduniaan dalam kehidupan mereka seolah-olah tidak yakin akan rezeki Allah.
Kenapa masyarakat sudah hilang keyakinan untuk membiayai kita ke Mesir, boleh jadi kerana kita yang membuatkan mereka hilang kepercayaan kepada kita. Maka, kita perlu bertanggungjawab. Ini adalah kerana perwatakan dari lepasan Azhar yang tidak seperti Azhar dahulu sehingga mereka tidak pandang tinggi lagi kepada golongan Azhar.
Oleh itu, kita kena tanamkan niat kita terlebih dahulu dalam diri kita, jangan jadi seperti orang yang aktif dan kuat berpersatuan di sini(Mesir), namun pudar bila kembali kepada masyarakat. Tapi ada sahaja mereka yang tidak aktif di sini tapi aktif setelah kembali ke Malaysia. Inilah yang kita mahukan.
Mengenai ulama yang sanggup menjual ilmu semata-mata untuk dapat dunia, kita kata kepada mereka, kenapa perlu takut kepada makhluk sehingga kita tinggalkan prinsip. Hidup biar berprinsip. Rezeki di tangan Allah, sedangkan semut ada rezeki, kambing ada rezeki, inikan pula kita makhluk Allah yang paling mulia.
Manakan tidak, kambing tidak mengabdikan diri kepada Allah, tapi kita mengabdikan diri kepada Allah, kita solat, kita puasa, kita haji, tapi kambing tidak. Pernah kita lihat kambing pergi umrah beramai-ramai. Tidak pernah, tapi mereka ada sahaja rezeki, jadi kenapa kita perlu takut.
Kita kena yakin kepada Allah, segala urusan telah diatur oleh Allah. Pernah seorang ulama yang pakai kerusi roda, dia minum air zam2, kemudian niat agar sembuh sakit belakang(lumpuh) dengan penuh yakin, kemudian sembuh serta-merta dan terus pulih dan boleh berjalan seperti biasa. Inilah bila hubungan kita baik dengan Allah s.w.t.
Ulama dahulu sangat kuat berzikir kepada Allah. Seorang ulama yang bernama Maulana Zubaid, merupakan ketua ulama’ Syura di India, beliau beristighfar kepada Allah sebanyak 70, 000 kali. Cuba bandingkan dengan kita, boleh jadi 7 kali sahaja..
Akhirnya, kenapa kita bermain tidak pernah cukup, sedangkan zikir dengan memadai sahaja. Pernah Maulana Ilyas ditanya oleh Maulana Saad, apakah posisi yang membuatkan kita hampir dengan Allah? Beliau menjawab: “bila kamu mahu ke masjid, tiba2 ada panggilan orang ternama seperti Sultan Agung kamu tetap sahaja pergi dan terus ke masjid.
Sebelum kita jawab persoalan di atas, kita perlu ingat bahawa kita juga dituntut berbuat baik kepada teman2 kita, jiran2 kita, maka terlebih lagilah kepada kedua orang tua kita. Kerana mereka yang melahirkan kita dan membesarkan kita sehinggalah dewasa. Kalau semasa baik kita dituntut untuk berbuat baik kepada ibubapa kita, maka terlebih wajiblah bila mereka telah wafat.
Berbuat baik kepada mereka setelah mereka meninggal adalah dengan mendoakan kesejahteraan mereka, memberi sedeqah, menjelaskan hutang mereka, melaksanakan wasiat mereka dan berbuat baik kepada teman2 ibubapa kita dan orang2 yang disayangi oleh ibubapa kita. Maka demikianlah yang thabit daripada hadith.
Syeikh juga mendatang sebuah cerita yang menarik berkaitan topik yang sedang dibincangkan. Begini, ada seorang hamba Allah yang bangkit daripada kubur dalam keadaan suci daripada dosa sedangkan dia pernah kerjakan maksiat semasa hayatnya di dunia. Lalu dia Tanya kepada Allah bagaimana semua ini boleh terjadi, maka Allah menjawab, ini adalah kerana istighfar dan doa daripada anak2mu.Toleransi anak-anak