Sunday, August 23, 2009

Kalam Syeikh Nuruddin Al-Banjari
Berbakti kepada ibubapa selepas mereka wafat

Sebelum kita jawab persoalan di atas, kita perlu ingat bahawa kita juga dituntut berbuat baik kepada teman2 kita, jiran2 kita, maka terlebih lagilah kepada kedua orang tua kita. Kerana mereka yang melahirkan kita dan membesarkan kita sehinggalah dewasa. Kalau semasa baik kita dituntut untuk berbuat baik kepada ibubapa kita, maka terlebih wajiblah bila mereka telah wafat.

Berbuat baik kepada mereka setelah mereka meninggal adalah dengan mendoakan kesejahteraan mereka, memberi sedeqah, m
enjelaskan hutang mereka, melaksanakan wasiat mereka dan berbuat baik kepada teman2 ibubapa kita dan orang2 yang disayangi oleh ibubapa kita. Maka demikianlah yang thabit daripada hadith.

Syeikh juga mendatang sebuah cerita yang menarik berkaitan topik yang sedang dibincangkan. Begini, ada se
orang hamba Allah yang bangkit daripada kubur dalam keadaan suci daripada dosa sedangkan dia pernah kerjakan maksiat semasa hayatnya di dunia. Lalu dia Tanya kepada Allah bagaimana semua ini boleh terjadi, maka Allah menjawab, ini adalah kerana istighfar dan doa daripada anak2mu.
Toleransi anak-anak

Diceritakan, ketika seorang lelaki lalu bersama anaknya di hadapan Nabi, Nabi memanggilnya lalu bertanya, siapakah yang bersama dengan kamu? Lelaki tersebut menjawab, itu anakku, Nabi lalu berpesan kepada anak tersebut supaya tidak mendahului atau ke hadapan daripada ibubapa. Nah, di sini membuktikan bahawa Nabi ajar kepada putra putri tentang adab dengan ibubapa.

Macam mana kalau kita berada di luar, nak dahulukan ibubapa macam mana? Kalau kita berada di luar tidak mengapa, kita boleh bertoleransi. Apa2 pun biar ibubapa, dalam bab pemakanan, biar mereka terlebih dahulu makan sebelum kita, itu adabnya. Di zaman kita ini, terhakis toleransi anak2 dengan orang tua mereka dan tersebar pula wabak derhaka, ini yang berlaku.

Hendaklah kita, apabila hendak menegur ibubapa kita, baik kesilapan mereka, jangan sesekali dikasari,
diangkat suara lebih2 lagi jika mereka tidak berdaya, jangan sesekali kita ambil kesempatan. Dan berhati-hati terhadap setiap yang keluar dari mulut kedua orang tua kita, kerana setiap apa yang keluar dari mulut mereka adalah mustajab lebih2 lagi yang buruk.

Maka kita kata kepada orang tua, jangan sewenang-wenang mengeluarkan kata2 yang tidak baik kepada anak2, cuba hindarinya. Ini kerana doa kalian sangat mustajab di sisi Allah berbanding dengan orang lain. Doa yang baik juga mustajab Cuma lambat dikabulkan berbanding doa yang buruk, oleh itu hati2 terhadap setiap ucapan yang keluar.

Hak2 anak terhadap ibubapanya

Kalau hak seorang ayah ialah mereka bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak2 mereka, mendidik, dan menjaga mereka daripada sikap yang sebaliknya(keji) serta beri nama yang elok untuk mereka dan carikan ibu yang baik(solehah) dari keluarga yang baik2.

Seterusnya, kenapa kira2 kita boleh buat baik kepada sahabat2 kita, kita mampu kirimkan ucapan untuk teman2 kita tapi kenapa tidak kepada kedua ibubapa kita, sepatu
tnya lebih utama kita buat begitu kepada ibubapa kita. Sedangkan sahabat2 kita tidak ada hubungan apa2 pun dengan kita, tapi ibubapa kita ada hubungan darah dengan kita, bahkan merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita.

Maka perlu sekali kita menjaga hati kedua orang tua kita. Kita semua tahu mengenai kisah Handzolah dan Al-Qamah yang tidak jaga hubungan dengan kedua orang tua mereka. Al-Qamah tidak dapat mengucap saat kematiannya sedangkan dia hanya melakukan perkara yang kecil sahaja tapi terguris hati ibunya. Kita kena jaga, itu mereka, mereka itu sahabat Nabi, hidup di zaman Nabi, dalam suasana yang baik dan berada di zaman terbaik.

Ingatlah bahawa tidak ada orang yang paling berjasa dalam kehidupan kita berbanding kedua orang tua kita. Mereka sanggup korbankan apa2 sahaja untuk kita, sanggup berjaga malam dan mencari nafkah(keperluan) untuk kita, kira2 apakah kita sanggup buat begitu terhadap mereka sebagaimana mereka lakukan untuk kita?-sama2 fikirkan kalam syeikh…

Majlis: Sebulan bersama “Syeikh”
Syeikh: Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Tarikh: malam 1 Ramadhan
Kitab: An-Nasaih Ad-Diniyyah(m/s 298-300)

0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz