Tuesday, August 11, 2009

Syeikh: Syeikhul Azhar
Majlis: Khutbah Jumaat
Tarikh: 24 Julai 2009-2 Syaaban 1430

Ya Allah, Rahmatilah bagi kami bulan Rejab
Ya Allah, Berkatilah bagi kami bulan Syaaban
Ya Allah, Sampaikanlan kami kepada bulan Ramadhan

Adalah pada bulan2 tersebut kaitan yang tersendiri dan peristiwa2 yang agung. Rejab sebagai bulan Allah, Syaaban bulan Muhammad dan Ramadhan bulan ummat Nabi s.a.w.

Berlakunya di bulan Rejab suatu peristiwa yang sangat besar iaitu perjalanan Isra’ dan Mi’raj yang merupakan suatu penghormatan yang terbesar kepada Nabi Muhammad oleh Allah s.w.t. Di bulan tersebut jugalah difardhukan solat 5 waktu yang menjadi ibadat ummat Islam seluruh dunia sehingga sekarang.

Di Syaaban berlaku suatu peristiwa yang sangat besar kepada dunia Islam iaitu pertukaran arah kiblat daripada Masjidil Aqsa (Palestin) ke Masjidil Haram (Makkah). Perjuangan ummat Palestin mendapatkan kembali Al-Aqsa adalah suatu kewajipan bagi ummat Islam seluruh dunia untuk merebut kembali Al-Aqsa yang merupakan maruah ummat Islam yang harus dijaga.

Berlainan pula di bulan Ramadhan, turunnya Al-Quran yang merupakan kitab suci bagi ummat akhir zaman. Dan kekalnya Al-Quran sehingga akhir zaman. Pada bulan ini juga berlaku peristiwa Badar Al-Qubra yang perlu dijadikan pedoman oleh semua ummat Islam bahawa Allah sentiasa bersama perjuangan Islam.

Selepas Syeikh Mustafa Abdul Majid selesai menyampaikan khutbah di Masjid As-Syarbini dan mengimami solat Jumaat, Syeikh kemudiannya menyampaikan sedikit tazkirah seperti biasa, maklumlah Syeikh merupakan khatib jemputan bulanan dan orangnya masyhur tapi wara.'

Syeikh kemudiannya menceritakan sedikit kelebihan amalan di bulan Syaaban. Syeikh menyeru agar berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis sebagai tanda cinta dan kasih kepada junjungan Muhammad s.a.w. yang menjadi penyelamat ummat di dunia dan pemberi syafaat di akhirat.

Suasana menjadi tegang seketika apabila puak2 wahabi bangkit marah kepada syeikh kerana mengucapkan perkara bid’ah. Mereka mendakwa tidak sunat berpuasa pada hari Isnin dan menuntut dalil daripada Syeikh. Di kalangan wahabi itu ada orang Mesir dan ada juga orang Rusia, punya tidak ada adab dengan Syeikh sehingga menyerang seperti kawan mereka.

Itulah ujian yang terpaksa dilalui Syeikh apabila terpaksa berhadapan dengan golongan ini, orang ramai hanya menyaksikan sahaja termasuk ana sendiri, apakah yang akan dijawab oleh Syeikh. Syeikh dengan tenang menjawab bahawa ada dalil, namun Syeikh tidak menyebutnya seolah-olah tidak ingat. Sehinggalah didesak secara kurang kurang ajar oleh orang Wahabi Mesir, maka Allah membantu Syeikh, syeikh lalu menyebutnya dari awal sehingga akhir. Maka terdiamlah orang yang kurang ajar tadi, maka ramailah yang mengerumuni Syeikh selepas daripada selesai memberi tazkirah.

0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz