Saturday, September 5, 2009

Menambahkan Taqwa kepada Allah
Ana sempat merakamkan perbicangan mengenai taqwa yang disampaikan oleh Mantan Mufti Kerajaan Mesir, Dr Nasr Farid Wasil di Perhimpunan Pemikiran Islam di Halaman Masjid Saidina Hussain, Kaherah. Ini kali pertama ana bertemu dengan beliau yang juga merupakan guru kepada abangku tercinta Dr Mat Esa bin Deraman(http://tokkupasirgudang.blogspot.com/) dalam pengajian Fiqh Syafie ketika beliau belajar di Mesir pada belasan tahun yang lepas.

Allah telah menganugerah kepada kita bulan Ramadhan, yang padanya begitu banyak barakah. Ternyata kita didik oleh Allah s.w.t. dengan bulan Ramadhan. Amalan di bulan Ramadhan dibalas oleh Allah s.w.t. tidak seperti ibadat2 lain. Ini kerana ia merupakan ibadat “dalaman” yang mana tidak diketahui hakikat seseorang itu berpuasa sebab mereka yang tidak berpuasa boleh sahaja mengatakan bahawa mereka sedang berpuasa.

Persoalan yang perlu timbul bila membicarakan tentang Ramadhan ialah kenapa Allah pilih Ramadhan, dan tidak bulan lain? Pasti ada hikmahnya, kerana Allah nak uji hamba2nya. Dan kenapa Allah balas ibadat puasa sahaja, sedangkan ibadat lain seperti solat, zakat dan haji tidak sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah jadikan Ramadhan itu bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, sehingga Allah sahaja yang layak membalasnya, sesuai dengan apa yang dikerjakan oleh hamba tersebut.

Carilah bekalan, kerana sebaik-baik bekalan adalah taqwa kepada Allah. Syeikh kemudian menerangkan apa yang dimaksudkan dengan bekalan iaitu kalimahالزاد di sisi Ulama Bahasa. Maksud bekalan di sisi Ulama Bahasa ialah sesuatu yang diperlukan oleh seseorang samada makanan, minuman, peralatan, dan keperluan lainnya. Namun makna yang sebenar ialah taqwa untuk bertemu Allah s.w.t.

Bila berbicara tentang soal taqwa ternyata sudah disentuh oleh Nabi s.a.w. mengenai perihal datangnya malaikat Jibril yang mengajarkan Nabi Muhammad tentang iman, islam dan ihsan. Iman adalah ilmu tauhid, islam adalah ilmu syariat, ihsan adalah ilmu akhlak. Ternyata kesemuanya itu tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai atau mendapat taqwa hati di sisi Allah s.w.t. Mengucapkan 2 kalimah syahadah, mengerjakan solat, menunaikan zakat, membayar zakat, mengerjakan haji, ternyata hanya perbuatan dan perkataan semata-mata dan manusia mampu melihatnya dan itu tidak cukup untuk mengatakan mereka itu beriman. Ternyata iman mengajar agar hati turut mengakui sedemikian, keimanan kepada Allah sehingga akhir.

Maka, dengan keberkatan Ramadhan ini. Hendaklah kita sama2 mempertingkatkan taqwa kita kepada Allah kerana besar fadhilat di bulan Ramadhan, berganda amalan sehingga 70 puluh kali ganda bahkan lebih daripada itu. Kerjakanlah ibadat2 yang baik seperti bacaan quran, solat sunat tarawwih, qiamu lail, sedeqah dan lain2.

0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz