Wednesday, August 26, 2009

Kalam Syeikh Nazrul Al-Kedahi

Ana sempat merakam beberapa kisah yang diceritakan syeikh dalam pengajian ini, akan ana kongsi dengan sahabat2 sekalian agar sama2 dapat kita jadikan pedoman.

Kisah Imam Malik
Pertama, syeikh menceritakan berkenaan Imam Malik yang begitu beradab dengan hadith. Pernah seorang lelaki bertanya soalan kepada Imam Malik di tengah perjalanan, lalu Imam Malik ambil sepatunya dan diketuk pada kepala lelaki yang bertanya tadi berkali-kali. Bukan apa, Imam Malik tidak akan membacakan atau mendengarkan hadith Nabi melainkan setelah berwudhuk, dan berada di tempat yang mulia.

Kisah Mula Buty
Kedua, kisah berkenaan Ayah kepada Syeikh Dr Ramadhan Al-Buty iaitu Syeikh Mula Buty. Sahabat2 Mula Buty merupakan orang yang tekun mengulangkaji pelajaran, adapun Mula Buty hanya tekun beribadat. Suatu hari ketika di dalam majlis Syeikh, Syeikh bertanya soalan kepada anak2 muridnya, semua tidak mampu jawab melainkan Mula Buty. Kemudian Syeikh kata, kamu dapat jawab bukan kerana kamu banyak mengulangkaji tapi dengan sebab kamu tekun beribadat.

Suara dari kubur
Ketiga, kisah berkenaan Kamal Human yang baca hadith di maqam (perkuburan) Ibnu ‘Ataillah As-Saqandari. Ketika dia membaca hadith, Ibnu ‘Ataillah telah menegur Kamal Human sehingga Kamal Human mengatakan bahawa kamulah guruku. Lalu dia menyuruh orang kebumikan dia berhampiran kubur Ibnu ‘Ataillah tetapi direndahkan sedikit. Dan sekarang kita dapat melihat maqam mereka berdua di bumi Mesir.

Mimpi Dr Harun Din
Keempat, kisah berkenaan ulama kita dari Malaysia iaitu mengenai mimpi Tuan Guru Doktor Harun Din.Beliau bermimpi jumpa sepatu Tuan Guru Nik Aziz dekat khemah. Di dalam khemah tersebut, Tuan Guru Nik Aziz sedang bercakap dengan Nabi Muhammad s.a.w. Maka, adakah kita sebagai manusia biasa sanggup menghina manusia yang sudah sampai maqam(kedudukan) tersebut. Subhanallah…

Syeikh sempat menasihati kami selaku pelajar Azhar agar memanfaatkan masa di bulan Ramadhan nanti dengan perkara yang berfaedah, jangan terlalu banyak tidur. Gunakan bulan Ramadhan dengan banyakkan membaca Al-Quran, menatap hadith2 dan juga tafsir2 Quran. Begitu juga masa yang ada di bulan Ramadhan ini sangat banyak untuk kita membaca kitab2.


Syeikh: Syeikh Nazrul Nasir Al-Kedahi
Pangkat: Pengerusi Fellow Manhal PMRAM, Ketua Hisbah PMRAM
Majlis: Pembentangan kitab

1 comment

Muallim Adham said...

slm... mantap la sheikh... ambo sukakan cerita sebegini sbg tazkirah utk kita semua... alhamdulillah

August 26, 2009 at 6:15 AM

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz