Sunday, December 13, 2009


Jaminan syurga untuk para sahabat Nabi


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو

Maksudnya:

Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya: Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya tentang satu kumpulan, katanya: Pernah baginda RasululLah s.a.w bersabda 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Zubair, Tolhah, Abdul Rahman, Abu ‘Ubaidah, Sa’ad Bin Abu Waqqas - maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya: Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga? – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmizi) menyatakan: “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “

- (Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmizi)

Bicara tentang 'tazkirah'

Tazkirah bermaksud peringatan. Peringatan buat manusia2 yang sentiasa lalai terhadap tugas atau peranan sebagai hamba Allah. Ini kerana mereka yang bergelar manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan dosa. Disebabkan itulah kita perlu kepada peringatan yang dapat memandu kehidupan kita sehari-hari. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat kepada orang2 yang beriman.

Bila sebut tentang tazkirah mesti ada orang yang menyampaikannya dan bila ada orang yang menyampaikannya mesti ada pendengarnya. Samada kita berbicara tentang tazkirah melalui penulisan atau pertuturan, keduanya mesti melibatkan 2 pihak dan bukan satu pihak sahaja bak kata orang bertepuk sebelah tangan pasti tidak berbunyi. Begitu juga perkahwinan mesti ada orang yang hendak kahwin dan orang yang hendak dikahwini barulah berlakunya perkahwinan.

Orang yang bertutur

Hendaklah orang yang bertutur atau menyeru orang lain seperti kerjakan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, mestilah orang tersebut berusaha sedaya mungkin untuk mengamalkannya dan jangan hanya tahu berkata sahaja atau tulis sahaja, sebaiknya hendaklah dipraktik kerana masyarakat memandang kita. Bahkan Allah sendiri melaknat orang yang sedemikian, tidak buat apa yang dia perkatakan.

Orang yang mendengar

Hendaklah orang yang mendengar pula melihat kepada apa yang diperkatakan dan bukan melihat siapa yang berkata. Kerana jika kita melihat kepada orang yang berkata-kata semata-mata nescaya perkara tersebut tidak sesekali menguntungkan kita semua bahkan kita akan sentiasa terkebelakang. Kerana apa, kerana orang yang berkata-kata sudah tentu tidak ada yang sempurna, setiap anak Adam melakukan dosa.

Friday, December 11, 2009

Selamat Datang ke blog E-Tazkiirah

jom kembara ilmu bersama saya

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dan tidak lupa selawat serta salam buat junjungan agung kita Nabi Muhammad s.a.w.Alhamdulillah akhirnya ana telah mendapat insiatif terbaru untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu dengan sahabat2 sekalian sekaligus sebagai tatapan, renungan dan muhasabah kita bersama dalam mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t.

Tujuan kita belajar tidak lain dan tidak bukan untuk mendapat keredhaan Allah. Tujuan kita menambah ilmu di dada kita juga bukannya bertujuan untuk mengangkat diri, untuk sombong, untuk menghina orang lain, menghentam ulama, dan menentang Islam, tapi tujuan kita mencari ilmu yang sebenarnya adalah semata-mata untuk mendekatkan lagi diri kita yang semakin jauh ini kepada Allah azza wajall.

Kali ini ana berkesempatan untuk mengubah cara mengurus blog ni, kalau sebelum ni ana lebih mengfokuskan kalam masyayikh yang ana ikuti namun kali ni ana lebih kepada tazkirah, kalam2 ulama dalam kitabnya, ceramahnya dan lebih kepada perkongsian agama yang akan ana tulis pada masa akan datang. Maka kali ini lebih meluas berbanding sebelumnya, insyaAllah. Sebabnya, ana rasa tidak mampu untuk bawakan perbincangan syeikh2 yang ana ikuti kerana terlalu rumit ana rasa.

Akhirnya, tolong doakan agar ana dapat istiqamah dalam perkongsian kita akan datang. Ana juga memohon kepada Allah supaya diberi keberkatan masa untuk ana mengisi mutiara2 di ruangan blog ini, amin. Sudi-sudilah mengutip mutiara di blog ini dan sebarkan kepada sahabat2 kalian, insyaAllah ada manfaatnya. Jika ada sebarang kesilapan boleh betulkan di ruangan shoutbox @ komen di bawahnya. Sekian, wassalam...

Saturday, September 5, 2009

Menambahkan Taqwa kepada Allah
Ana sempat merakamkan perbicangan mengenai taqwa yang disampaikan oleh Mantan Mufti Kerajaan Mesir, Dr Nasr Farid Wasil di Perhimpunan Pemikiran Islam di Halaman Masjid Saidina Hussain, Kaherah. Ini kali pertama ana bertemu dengan beliau yang juga merupakan guru kepada abangku tercinta Dr Mat Esa bin Deraman(http://tokkupasirgudang.blogspot.com/) dalam pengajian Fiqh Syafie ketika beliau belajar di Mesir pada belasan tahun yang lepas.

Allah telah menganugerah kepada kita bulan Ramadhan, yang padanya begitu banyak barakah. Ternyata kita didik oleh Allah s.w.t. dengan bulan Ramadhan. Amalan di bulan Ramadhan dibalas oleh Allah s.w.t. tidak seperti ibadat2 lain. Ini kerana ia merupakan ibadat “dalaman” yang mana tidak diketahui hakikat seseorang itu berpuasa sebab mereka yang tidak berpuasa boleh sahaja mengatakan bahawa mereka sedang berpuasa.

Persoalan yang perlu timbul bila membicarakan tentang Ramadhan ialah kenapa Allah pilih Ramadhan, dan tidak bulan lain? Pasti ada hikmahnya, kerana Allah nak uji hamba2nya. Dan kenapa Allah balas ibadat puasa sahaja, sedangkan ibadat lain seperti solat, zakat dan haji tidak sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah jadikan Ramadhan itu bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, sehingga Allah sahaja yang layak membalasnya, sesuai dengan apa yang dikerjakan oleh hamba tersebut.

Carilah bekalan, kerana sebaik-baik bekalan adalah taqwa kepada Allah. Syeikh kemudian menerangkan apa yang dimaksudkan dengan bekalan iaitu kalimahالزاد di sisi Ulama Bahasa. Maksud bekalan di sisi Ulama Bahasa ialah sesuatu yang diperlukan oleh seseorang samada makanan, minuman, peralatan, dan keperluan lainnya. Namun makna yang sebenar ialah taqwa untuk bertemu Allah s.w.t.

Bila berbicara tentang soal taqwa ternyata sudah disentuh oleh Nabi s.a.w. mengenai perihal datangnya malaikat Jibril yang mengajarkan Nabi Muhammad tentang iman, islam dan ihsan. Iman adalah ilmu tauhid, islam adalah ilmu syariat, ihsan adalah ilmu akhlak. Ternyata kesemuanya itu tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai atau mendapat taqwa hati di sisi Allah s.w.t. Mengucapkan 2 kalimah syahadah, mengerjakan solat, menunaikan zakat, membayar zakat, mengerjakan haji, ternyata hanya perbuatan dan perkataan semata-mata dan manusia mampu melihatnya dan itu tidak cukup untuk mengatakan mereka itu beriman. Ternyata iman mengajar agar hati turut mengakui sedemikian, keimanan kepada Allah sehingga akhir.

Maka, dengan keberkatan Ramadhan ini. Hendaklah kita sama2 mempertingkatkan taqwa kita kepada Allah kerana besar fadhilat di bulan Ramadhan, berganda amalan sehingga 70 puluh kali ganda bahkan lebih daripada itu. Kerjakanlah ibadat2 yang baik seperti bacaan quran, solat sunat tarawwih, qiamu lail, sedeqah dan lain2.
Silaturrahim adalah hubungan dengan orang yang terdekat iaitu kaum kerabat. Apa yang dimaksudkan adalah mereka yang ada pertalian darah. Bahawasanya Allah memuji orang yang menjaga hubungan silaturrahim kerana takut pada perhitungan yang buruk di akhirat kelak. Menghubungkan silaturrahim juga merupakan perintah Allah sebagaimana yang terdapat pada ayat yang banyaknya.

Orang yang memutuskan silaturrahim adalah dilaknat oleh Allah sebagimana dalil daripada Al-Quran surah Ar-Ra’du ayat 25.(boleh rujuk). Allah menyuruh kita menghubungkan silaturrahim dan bukannya memutuskan hubungan silaturrahim. Telah berkata Ali bin Hussain ketika menasihati sebahagian anak2nya: “Janganlah engkau putuskan hubungan silaturrahim kerana aku dapati yang demikian perbuatan tersebut telah Allah laknat pada 3 tempat.

Dalilnya:

Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.” (Riwayat Baihaqi).

Nabi juga bersabda, diriwayatkan Abu Hurairah r.a.: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Kesimpulannya

Maka, adalah rahmat Allah tidak akan turun terhadap satu2 kaum yang padanya ada orang yang memutuskan hubungan silaturrahim. Agaknya macam mana keadaan orang yang putuskan hubungan silaturrahim? Kita kena ingat, bila kita ditimpa masalah pasti kita rujuk kepada seseorang(keluarga), jadi tidak rugi kalau kita menghubungkan silaturrahim. Sebaik-baik silaturrahim adalah kita mengalah dengan mereka.

Maka wajib bagi kamu menghubungkan silaturrahim dan jangan memutuskannya kerana yang demikian itu sebesar-besar dosa dan balasannya akan disegerakan di dunia, kalau tidak, Allah pasti simpan balasan bagi orang yang putuskan silaturrahim di akhirat dengan azab yang sangat pedih.

Majlis: Sebulan bersama “Syeikh”
Syeikh: Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Kitab: An-Nasaih Ad-Diniyyah

Saturday, August 29, 2009

Syeikh membacakan hadith yang pertama, yang diriwayatkan daripada Abi Said Al-Khudri, daripada Nabi s.a.w.: ‘Jangan mendatangi hamba tawanan yang hamil sehingga dia melahirkannya, dan jangan mendatangi hamba tawanan yang hamil sehingga datang haid satu kali.”

Wujudnya tawanan perang dalam peperangan itu bukannya Islam yang buat begitu, tapi sudah ada sebelumnya, memang lumrah dalam peperangan, sama ada laki2 akan menjadi tawanan perang, atau dijadikan sebagai pertukaran, atau dipancung, atau dijadikan hamba sahaya.

Dalam Islam apabila perempuan yang sudah berkahwin ditawan, lalu dijadikan sebagai hamba sahaya, jangan disetubuhi terus, hendaklah tunggu sehingga datang haid satu kali sebagai tanda suci daripada benih suami yang sebelumnya, kemudian barulah boleh disetubuhi. Hati-hati, jangan sampai tersalah baca doa pada malam pertama. Permasalahannya, macam mana hubungan dengan suami yang sebelumnya? Hubungan dengan suami yang sebelumnya itu putus sama sekali.

Nabi kita bersabda: “Tidak halal bagi seseorang yang mengaku beriman dengan Allah dan hari akhirat, menyiram air pada tanaman orang lain.”

Oooo, lihat, Nabi kita cukup malu dalam membicarakan persoalan begini, Nabi tidak guna lafaz yang jelas sebaliknya menggunakan lafaz kinayah atau yang padanya bahasa kita itu membawa erti kiasan. Kiasannya apa? Jangan kamu pancutkan air manimu ke dalam faraj orang lain, biar hamba tadi itu suci dari benih suaminya yang dulu dengan satu kali haidh, kemudian baru kita mendatanginya.

Majlis: Sebulan bersama “Syeikh”
Syeikh: Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Kitab: Misykatul Masobih
Syeikh Mustafa Abdul Majid
Syeikh: Syeikhul Azhar
Majlis: Khutbah Jumaat

Pada bulan rejab Allah telah mengfardhukan ummat Islam agar mengerjakan solat 5 waktu dalam peristiwa isra’ mi’raj, manakala syaaban Allah mengajar ummat Islam akan kesatuan ummat dengan pertukaran kiblat ke kaabah yang menjadi tempat berhimpunnya ummat Islam seluruh dunia melalui peristiwa Tahwilul qiblat.

Berbeza pula bulan Ramadhan yang bakal kita hadapi selepas hari ini. Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada ummat Islam. Allah menurunkan semua kitab2 pada bulan Ramadhan. Adapun Suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada bulan 1 Ramadhan, Taurat pada 6 Ramadhan, Injil 9 Ramadhan, begitu juga dengan Zabur dan Al-Quran.

Puasa merupakan ibadat yang berlainan dengan ibadat2 yang lain. Adapun solat, zakat dan haji dikerjakan secara zahir. Berbeza pula dengan ibadat puasa kerana ia merupakan ibadat batiniah yang tidak diketahui oleh sesiapapun melainkan Allah. Puasa juga merupakan satu2 ibadat yang akan dibalas terus oleh Allah tanpa perantaraan.

Syeikh Ahmad Mahmud Karimah
Syeikh: Syeikhul Azhar
Majlis: Khutbah Jumaat


Pada bulan Ramadhan inilah Allah s.w.t. membangkitkan seorang Rasul kepada kita dengan penurunan Al-Quran, maka kedua-duanya adalah untuk dijadikan sebagai petunjuk dan rahmat kepada sekalian alam. Itulah berkatnya Ramadhan yang dipilih oleh Allah s.w.t. Ramadhan sekali dalam setahun, sebagaimana khamis dan jumaat hari yang paling afdhol dalam sebulan, maka begitu jugalah Ramadhan sekali dalam setahun.

Adakah kita menjadikan Ramadhan itu bersesuaian dengan aktiviti dunia yang kita kerjakan, baik kita berniaga, baik kita bekerja, adakah semuanya menepati dengan intipati Ramadhan itu sendiri. Maksudnya, adakah kita bersedeqah dengan harta yang masih Allah kekalkan kepada kita di bulan Ramadhan ini.

Ana memohon maaf, kerana ini sahaja yang sempat ana faham, selebihnya ana berkhayal kerana terlalu asyik melihat wajah Syeikh Ahmad Mahmud Karim. Maklumlah ini kali pertama ana berjumpa dengannya, maka terpesona melihat wajah ulama yang Allah janji syurga buat mereka. Tambahan pula, khutbah Syeikh begitu lantang sekali sehinggakan, ana hanya memandang mulutnya sahaja.

Apa2 pun ini adalah kelemahan ana…..sekali lagi ana mohon jutaan kemaafan kepada ahli blog masyayikh….

Wednesday, August 26, 2009

Kalam Syeikh Nazrul Al-Kedahi

Ana sempat merakam beberapa kisah yang diceritakan syeikh dalam pengajian ini, akan ana kongsi dengan sahabat2 sekalian agar sama2 dapat kita jadikan pedoman.

Kisah Imam Malik
Pertama, syeikh menceritakan berkenaan Imam Malik yang begitu beradab dengan hadith. Pernah seorang lelaki bertanya soalan kepada Imam Malik di tengah perjalanan, lalu Imam Malik ambil sepatunya dan diketuk pada kepala lelaki yang bertanya tadi berkali-kali. Bukan apa, Imam Malik tidak akan membacakan atau mendengarkan hadith Nabi melainkan setelah berwudhuk, dan berada di tempat yang mulia.

Kisah Mula Buty
Kedua, kisah berkenaan Ayah kepada Syeikh Dr Ramadhan Al-Buty iaitu Syeikh Mula Buty. Sahabat2 Mula Buty merupakan orang yang tekun mengulangkaji pelajaran, adapun Mula Buty hanya tekun beribadat. Suatu hari ketika di dalam majlis Syeikh, Syeikh bertanya soalan kepada anak2 muridnya, semua tidak mampu jawab melainkan Mula Buty. Kemudian Syeikh kata, kamu dapat jawab bukan kerana kamu banyak mengulangkaji tapi dengan sebab kamu tekun beribadat.

Suara dari kubur
Ketiga, kisah berkenaan Kamal Human yang baca hadith di maqam (perkuburan) Ibnu ‘Ataillah As-Saqandari. Ketika dia membaca hadith, Ibnu ‘Ataillah telah menegur Kamal Human sehingga Kamal Human mengatakan bahawa kamulah guruku. Lalu dia menyuruh orang kebumikan dia berhampiran kubur Ibnu ‘Ataillah tetapi direndahkan sedikit. Dan sekarang kita dapat melihat maqam mereka berdua di bumi Mesir.

Mimpi Dr Harun Din
Keempat, kisah berkenaan ulama kita dari Malaysia iaitu mengenai mimpi Tuan Guru Doktor Harun Din.Beliau bermimpi jumpa sepatu Tuan Guru Nik Aziz dekat khemah. Di dalam khemah tersebut, Tuan Guru Nik Aziz sedang bercakap dengan Nabi Muhammad s.a.w. Maka, adakah kita sebagai manusia biasa sanggup menghina manusia yang sudah sampai maqam(kedudukan) tersebut. Subhanallah…

Syeikh sempat menasihati kami selaku pelajar Azhar agar memanfaatkan masa di bulan Ramadhan nanti dengan perkara yang berfaedah, jangan terlalu banyak tidur. Gunakan bulan Ramadhan dengan banyakkan membaca Al-Quran, menatap hadith2 dan juga tafsir2 Quran. Begitu juga masa yang ada di bulan Ramadhan ini sangat banyak untuk kita membaca kitab2.


Syeikh: Syeikh Nazrul Nasir Al-Kedahi
Pangkat: Pengerusi Fellow Manhal PMRAM, Ketua Hisbah PMRAM
Majlis: Pembentangan kitab

Tuesday, August 25, 2009

Kalam Syeikh Nuruddin Al-Banjari

Ulama adalah orang yang paling mulia di sisi Allah. Kenapa orang yang mulia di sisi Allah sanggup dipandang hina oleh masyarakat dan sebahagian orang. Al-Quran boleh iktiraf ulama tapi kenapa pula kita tidak boleh dan tetap2 sahaja hina mereka.

Maka disebabkan itulah kitab ini diperkenalkan kerana ingin mengumpul kembali hadith2 yang mencetitakan tentang kedududkan seorang ulama. Ini kerana kita lihat hari ini orang lebih memandang tinggi kepada atlet, seniman namun tidak kepada ulama.

Memang kita perlu kepada jawatan, memang kita perlu kepada duit tapi jangan sampai kita merendah-rendahkan ilmu kita. Pesanan ini khas ditujukan kepada ulama2 yang mengejar keduniaan dalam kehidupan mereka seolah-olah tidak yakin akan rezeki Allah.

Kenapa masyarakat sudah hilang keyakinan untuk membiayai kita ke Mesir, boleh jadi kerana kita yang membuatkan mereka hilang kepercayaan kepada kita. Maka, kita perlu bertanggungjawab. Ini adalah kerana perwatakan dari lepasan Azhar yang tidak seperti Azhar dahulu sehingga mereka tidak pandang tinggi lagi kepada golongan Azhar.

Oleh itu, kita kena tanamkan niat kita terlebih dahulu dalam diri kita, jangan jadi seperti orang yang aktif dan kuat berpersatuan di sini(Mesir), namun pudar bila kembali kepada masyarakat. Tapi ada sahaja mereka yang tidak aktif di sini tapi aktif setelah kembali ke Malaysia. Inilah yang kita mahukan.

Mengenai ulama yang sanggup menjual ilmu semata-mata untuk dapat dunia, kita kata kepada mereka, kenapa perlu takut kepada makhluk sehingga kita tinggalkan prinsip. Hidup biar berprinsip. Rezeki di tangan Allah, sedangkan semut ada rezeki, kambing ada rezeki, inikan pula kita makhluk Allah yang paling mulia.

Manakan tidak, kambing tidak mengabdikan diri kepada Allah, tapi kita mengabdikan diri kepada Allah, kita solat, kita puasa, kita haji, tapi kambing tidak. Pernah kita lihat kambing pergi umrah beramai-ramai. Tidak pernah, tapi mereka ada sahaja rezeki, jadi kenapa kita perlu takut.

Kita kena yakin kepada Allah, segala urusan telah diatur oleh Allah. Pernah seorang ulama yang pakai kerusi roda, dia minum air zam2, kemudian niat agar sembuh sakit belakang(lumpuh) dengan penuh yakin, kemudian sembuh serta-merta dan terus pulih dan boleh berjalan seperti biasa. Inilah bila hubungan kita baik dengan Allah s.w.t.

Ulama dahulu sangat kuat berzikir kepada Allah. Seorang ulama yang bernama Maulana Zubaid, merupakan ketua ulama’ Syura di India, beliau beristighfar kepada Allah sebanyak 70, 000 kali. Cuba bandingkan dengan kita, boleh jadi 7 kali sahaja..

Akhirnya, kenapa kita bermain tidak pernah cukup, sedangkan zikir dengan memadai sahaja. Pernah Maulana Ilyas ditanya oleh Maulana Saad, apakah posisi yang membuatkan kita hampir dengan Allah? Beliau menjawab: “bila kamu mahu ke masjid, tiba2 ada panggilan orang ternama seperti Sultan Agung kamu tetap sahaja pergi dan terus ke masjid.

Majlis: Sebulan bersama “Syeikh”
Syeikh: Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Tarikh: malam 1 Ramadhan
Kitab: Al-Ilmu wal Ulama

Sunday, August 23, 2009

Kalam Syeikh Nuruddin Al-Banjari
Berbakti kepada ibubapa selepas mereka wafat

Sebelum kita jawab persoalan di atas, kita perlu ingat bahawa kita juga dituntut berbuat baik kepada teman2 kita, jiran2 kita, maka terlebih lagilah kepada kedua orang tua kita. Kerana mereka yang melahirkan kita dan membesarkan kita sehinggalah dewasa. Kalau semasa baik kita dituntut untuk berbuat baik kepada ibubapa kita, maka terlebih wajiblah bila mereka telah wafat.

Berbuat baik kepada mereka setelah mereka meninggal adalah dengan mendoakan kesejahteraan mereka, memberi sedeqah, m
enjelaskan hutang mereka, melaksanakan wasiat mereka dan berbuat baik kepada teman2 ibubapa kita dan orang2 yang disayangi oleh ibubapa kita. Maka demikianlah yang thabit daripada hadith.

Syeikh juga mendatang sebuah cerita yang menarik berkaitan topik yang sedang dibincangkan. Begini, ada se
orang hamba Allah yang bangkit daripada kubur dalam keadaan suci daripada dosa sedangkan dia pernah kerjakan maksiat semasa hayatnya di dunia. Lalu dia Tanya kepada Allah bagaimana semua ini boleh terjadi, maka Allah menjawab, ini adalah kerana istighfar dan doa daripada anak2mu.
Toleransi anak-anak

Diceritakan, ketika seorang lelaki lalu bersama anaknya di hadapan Nabi, Nabi memanggilnya lalu bertanya, siapakah yang bersama dengan kamu? Lelaki tersebut menjawab, itu anakku, Nabi lalu berpesan kepada anak tersebut supaya tidak mendahului atau ke hadapan daripada ibubapa. Nah, di sini membuktikan bahawa Nabi ajar kepada putra putri tentang adab dengan ibubapa.

Macam mana kalau kita berada di luar, nak dahulukan ibubapa macam mana? Kalau kita berada di luar tidak mengapa, kita boleh bertoleransi. Apa2 pun biar ibubapa, dalam bab pemakanan, biar mereka terlebih dahulu makan sebelum kita, itu adabnya. Di zaman kita ini, terhakis toleransi anak2 dengan orang tua mereka dan tersebar pula wabak derhaka, ini yang berlaku.

Hendaklah kita, apabila hendak menegur ibubapa kita, baik kesilapan mereka, jangan sesekali dikasari,
diangkat suara lebih2 lagi jika mereka tidak berdaya, jangan sesekali kita ambil kesempatan. Dan berhati-hati terhadap setiap yang keluar dari mulut kedua orang tua kita, kerana setiap apa yang keluar dari mulut mereka adalah mustajab lebih2 lagi yang buruk.

Maka kita kata kepada orang tua, jangan sewenang-wenang mengeluarkan kata2 yang tidak baik kepada anak2, cuba hindarinya. Ini kerana doa kalian sangat mustajab di sisi Allah berbanding dengan orang lain. Doa yang baik juga mustajab Cuma lambat dikabulkan berbanding doa yang buruk, oleh itu hati2 terhadap setiap ucapan yang keluar.

Hak2 anak terhadap ibubapanya

Kalau hak seorang ayah ialah mereka bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak2 mereka, mendidik, dan menjaga mereka daripada sikap yang sebaliknya(keji) serta beri nama yang elok untuk mereka dan carikan ibu yang baik(solehah) dari keluarga yang baik2.

Seterusnya, kenapa kira2 kita boleh buat baik kepada sahabat2 kita, kita mampu kirimkan ucapan untuk teman2 kita tapi kenapa tidak kepada kedua ibubapa kita, sepatu
tnya lebih utama kita buat begitu kepada ibubapa kita. Sedangkan sahabat2 kita tidak ada hubungan apa2 pun dengan kita, tapi ibubapa kita ada hubungan darah dengan kita, bahkan merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita.

Maka perlu sekali kita menjaga hati kedua orang tua kita. Kita semua tahu mengenai kisah Handzolah dan Al-Qamah yang tidak jaga hubungan dengan kedua orang tua mereka. Al-Qamah tidak dapat mengucap saat kematiannya sedangkan dia hanya melakukan perkara yang kecil sahaja tapi terguris hati ibunya. Kita kena jaga, itu mereka, mereka itu sahabat Nabi, hidup di zaman Nabi, dalam suasana yang baik dan berada di zaman terbaik.

Ingatlah bahawa tidak ada orang yang paling berjasa dalam kehidupan kita berbanding kedua orang tua kita. Mereka sanggup korbankan apa2 sahaja untuk kita, sanggup berjaga malam dan mencari nafkah(keperluan) untuk kita, kira2 apakah kita sanggup buat begitu terhadap mereka sebagaimana mereka lakukan untuk kita?-sama2 fikirkan kalam syeikh…

Majlis: Sebulan bersama “Syeikh”
Syeikh: Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Tarikh: malam 1 Ramadhan
Kitab: An-Nasaih Ad-Diniyyah(m/s 298-300)
Permasalahan FeqahHari ini ana kelewatan menghadiri kelas guru menyebabkan ana ketinggalan beberapa bab yang dibincangkan oleh ustaz, namun ana hanya cuba sampaikan apa yang sempat ana dengar daripada ustaz.

Makhraj huruf
Membaca Fatehah mestilah dengan makhraj yang betul, tidak boleh meletakkan makhraj sesuatu huruf pada makhraj huruf yang lain. Contohnya makhraj huruf ك dengan ق dan begitu juga dengan huruf2 yang lain.

Imam yang menanggung najis
Masalah yang seterusnya ialah imam yang menanggung najis. Tidak sah sembahyang kita sekiranya kita berimamkan imam yang menanggung najis. Contohnya, kita ternampak tahi cicak di baju tok imam, maka batal solat kita.

Jarak imam dan makmum
Jarak antara imam dan makmum pada satu2 tempat adalah dengan kadar 300 hasta. Dan boleh sekiranya kita solat hanya berpandungkan makmum tanpa melihat kepada gerak-geri imam. Sekiranya lebih daripada 300 hasta adalah tidak sah. Maka orang yang solat berimamkan TV atau radio adalah tidak sah.

Imam wajib berniat
Sembahyang Jumaat, tok imam wajib berniat imam, adapun sembahyang fardhu tidak wajib. Kalau solat fardhu tidak niat imam tidak batal solatnya, cuma tidak dapat pahala jamaah.

Masalah ketika musafir
Kalau luput solat fardu dalam musafir, boleh diqadho’ pada musafir yang mendatang. Contohnya, tidak sempat solat asar, maka boleh diqadho’ pada waktu maghrib atau isya’ sekiranya masih dalam keadaan musafir. Maknanya boleh jama’ dan qasar. Kalau sudah sampai destinasi, kena solat sempurna.

Orang yang qasar
Orang yang qasar solatnya tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna kerana berlainan rukunnya. Begitu juga masalahnya orang yang hendak solat sempurna tidak boleh mengikut orang yang solat sunat jenazah dan solat gerhana.

Musafir tanpa tujuan
Tidak boleh jamak qasar bagi orang yang musafir tanpa tujuan. Meskipun jarak perjalannya melebihi 2 marhalah, tetap tidak boleh jamak qasar kerana syarat jamak qasar ialah bertujuan yang baik. Bahkan kalau bertujuan untuk maksiat seperti tengok konsert pun tidak boleh jamak dan qasar.

Jamak ta’khir
Jamak ta’khir boleh bercerai atau diselang dengan masa yang lama dan boleh untuk mengerjakan mana2 dahulu, samada solat yang pertama atau yang ke-2. Contohnya, zohor dan asar, boleh kalau mahu solat asar terlebih dahulu ataupun sebaliknya, dengan syarat solat jamak ta’khir.

Beri salam
Sekiranya kita beri salam ketika solat tanpa memalingkan muka ke kanan dan ke kiri, sah solatnya. Ini kerana, berpaling ke kiri dan ke kanan bukanlah rukun tapi sunat sahaja. Yang rukun hanyalah beri salam, itu sahaja.

Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, hari ini merupakan pengajian talaqqi yang terakhir bersama ustaz, memandangkan ustaz mahu memfokuskan kepada imtihan yang akan datang tidak lama lagi, dan ustaz mengaharapkan kita semua mendoakan kejayaan beliau dalam peperiksaan kali ini.


Majlis: Talaqqi kitab
Tajuk: Mukhtasor Soghir(Feqah)
Tarikh: 16 ogos 2009

Saturday, August 22, 2009

Kedatangan RamadhanAna tidak mahu mengambil masa yang banyak, sekadar untuk berkongsi sebuah cerita mengenai Abu Zar Al-Ghifari. Beliau merupakan sahabat Rasulullah, menjadi perompak jalanan pada masa sebelum Jahiliyyah. Bilamana orang melaluinya, dia akan merompak orang tersebut. Itulah Abu Zar Al-Ghifari.

Beliau pernah menyatakan bahawa Nabi s.a.w. telah menasihati beliau dengan 7 perkara. Namun ana hanya akan sebut satu sahaja untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian sempena kedatangan bulan Ramadhan kali ini sebagai BP angkat kepada BKAN Terengganu. Nabi menasihati aku supaya pandang orang yang di bawah dan jangan pandang orang yang di atas.

Apa yang dinasihati Nabi kepada Abu Zar merupakan perkara yang melibatkan urusan dunia. Kita dilarang melihat kepada orang yang di atas seperti, ada orang pakai handphone yang canggih tapi kita pakai handphone yang tiga2sekupang jer(3310). Cuba kita lihat orang yang di bawah kita, mereka langsung tak pakai handphone, tapi paling kurang kita ada juga, biar kita berpada dengan dunia.

Namun berbeza dengan urusan akhirat, kita dilarang memandang orang yang di bawah tapi memandang orang yang di atas. Kita kena tamak dalam urusan akhirat. Sebagai contoh, orang lain tekun solat berjemaah, tapi kita 3 kali sahaja dalam sehari, kemudian kita bandingkan dengan orang yang langsung tidak turun solat berjamaah, lalu kita kata: “kira baguslah aku 3 kali sehari solat jamaah daripada di tidak solat langsung.

Sepatutnya kita berebut untuk buat ibadat di bulan Ramadhan, terutama tadarrus Quran. Perbanyakkan baca Quran di bulan Ramadhan. Kalau BKAN tidak atur program tadarrus, apa salahnya kalau kita tadarrus sama2 dengan kawan kita dalam bilik. Ulama2 dahulu khatam Al-Quran banyak kali dalam sebulan, contohnya Imam Syafie, beliau khatam Quran dalam satu rakaat sembahyang, subhanallah. Begitu juga dengan Imam Hanbali yang khatam Al-Quran banyak kali.

Syeikh juga sempat menceritakan tentang 4 golongan manusia yang menghubungkan dengan Al-Quran, ulama mengatakan ada 4 golongan:

1. Manusia yang memang tinggalkan Al-Quran seperti Yahudi, Nasrani,
Kafir dan Musyrik.
2. Manusia yang hanya tahu membaca Al-Quran sahaja.
3. Manusia yang baca dan kemudian menghayatinya
4. Manusia yang baca, hayati dan beramal dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Oleh itu, jadilah kita golongan yang beramal dengan Al-Quran, beriman dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran serta beramal dengan isi kandungan yang terkandung dalam Al-Quran. Juga beramal dengan hukum hakam Al-Quran.


Majlis: Tazkirah
Syeikh: Syeikh Shahrizan
Jawatan: Timbalan Presiden PMRAM
Tarikh: 21 Ogos 2009-30 Syaaban 1430
Khutbah Jumaat
Berkata Syeikh, bahawa sejarah terbesar yang berlaku dalam bulan syaaban adalah pertukaran kiblat, yang mana ia merupakan suatu kemuliaan buat ummat Islam. Allah memuliakan Islam dengan pertukaran kiblat pertama iaitu Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram kerana Allah telah mengetahui segala2-nya.

Kita melihat pada hari, sekiranya Masjidil Aqsa itu masih menjadi kiblat pertama ummat Islam sudah tentu Islam akan dihina kerana tertawannya Masjidil Aqsa sekarang. Disebabkan itulah Allah memuliakan Masjidil Haram sebagai kiblat yang ke-2 dimana tidak ada orang yang mampu menawan kaabah sebagaimana tertawannya Masjidil Aqsa.
Hikmah tertawannya Masjidil Aqsa sebagai suatu kesedaran kepada ummat Islam akan kepentingan bersatu-padu dan kepentingan membebaskan Masjidil Aqsa daripada tangan Israel laknatulllah. Dan kaabah itu sebagai suatu hujjah bahawa kita berjaya memelihara kesucian kaabah sehingga hari ini kerana kesatuan kita yang telah kita tunjukkan sebagai ketauhidan kepada Allah meskipun berbeza dari sudut aliran, bangsa dan keturunan.

Syeikh menyebut lagi bahawa 2 cara untuk kita memohon dan mendapat
pertolongan daripada Allah s.w.t.:

1) perlunya kita sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah, begitu juga ketika hendak melakukan kemaksiatan kepada Allah, hendaklah kita menahan nafsu syahawat kita untuk mendapat kenikmatan di akhirat kelak,

2) perlunya kita memohon pertolongan dengan mengerjakan solat(doa) kepada Allah yang merupakan wasilah untuk kita sampai kepada Allah dan mendapat redha yang sebenar di sisinya.

Ketika berdoa kepada Allah, kita hendaklah bersangka baik terhadap Allah dan yakin bahawa Allah akan memaqbulkan doa kita. Dan Syeikh membacakan hadith tentang golongan yang bersangka baik kepada Allah dan berusaha untuk dekat dengan Allah s.w.t.


Maksud hadith: "Aku di dalam sangkaan hambaku......."

Syeikh: Imam Masjid Al-Azhar
Tajuk: Peristiwa di bulan syaaban
Tarikh: 7 ogos 2009- 16 Syaaban 1430

Thursday, August 20, 2009

(http://masyayikh.blogspot.com/)
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga saya menyiapkan http://masyayikh.blogspot.com/ ini bagi mendedahkan sahabat2 sekalian tentang perbicaraan para ulama' kita di Mesir ini yang mana ana sempat ikuti. Maka ana mengambil insiatif untuk memberi manfaat kepada kita sekalian khususnya buat mereka yang tidak sempat ke kelas talaqqi kerana banyak tugasan lain, begitu juga dengan sahabat2 yang masih belum berkesempatan untuk datang ke bumi Mesir ini.

Ana bukanlah orang yang layak tapi sekadar apa yang ana faham ana cuba kongsikan dengan sahabat2 sekalian. Seandainya sahabat2 mendapati apa yang ana tulis ini silap, ana mohon agar sahabat2 sekalian tolong betulkan. Ana bukanlah insan yang sempurna, maka sudah tentu ada silap dan salah. Perkongsian blog ini adalah hasil kehadiran ana ke dalam majlis2 syeikh dan ana cuba paterikan dalam blog ini sekadar yang ana faham.

Mungkin ada sahabat2 di luar sana yang turut sama2 hadir dalam majlis tersebut, maka ana seru agar sahabat2 sekalian semak kembali apa yang ana tulis, dibimbangi ada yang tersalah tulis yang boleh menyebabkan pembaca keliru khususnya sahabat2 kita dari Malaysia. Sahabat2 juga boleh cadang atau komen bagi menjadikan blog ini menarik di ruangan cbox. Komen dan cadangan anda sekalian ana alu2 kan.

Akhirnya, dengan lafaz yang mulia, ana selaku peneraju blog ini merasmikan blog http://masyayikh.blogspot.com/ Semoga dengan blog ini dapat sama2 kita bina ukhuwwah dan menimba ilmu pengetahuan dengan cara apa sekalipun kerana kelebihan orang yang belajar di sisi Allah teramatlah mulia.

Sekian, wassalam…

Selamat menimba ilmu,
Selamat membina ukhuwwah.

Yang benar,

……………………
(Abdullah bin Adam)

Tuesday, August 11, 2009

Syeikh: Syeikhul Azhar
Majlis: Khutbah Jumaat
Tarikh: 24 Julai 2009-2 Syaaban 1430

Ya Allah, Rahmatilah bagi kami bulan Rejab
Ya Allah, Berkatilah bagi kami bulan Syaaban
Ya Allah, Sampaikanlan kami kepada bulan Ramadhan

Adalah pada bulan2 tersebut kaitan yang tersendiri dan peristiwa2 yang agung. Rejab sebagai bulan Allah, Syaaban bulan Muhammad dan Ramadhan bulan ummat Nabi s.a.w.

Berlakunya di bulan Rejab suatu peristiwa yang sangat besar iaitu perjalanan Isra’ dan Mi’raj yang merupakan suatu penghormatan yang terbesar kepada Nabi Muhammad oleh Allah s.w.t. Di bulan tersebut jugalah difardhukan solat 5 waktu yang menjadi ibadat ummat Islam seluruh dunia sehingga sekarang.

Di Syaaban berlaku suatu peristiwa yang sangat besar kepada dunia Islam iaitu pertukaran arah kiblat daripada Masjidil Aqsa (Palestin) ke Masjidil Haram (Makkah). Perjuangan ummat Palestin mendapatkan kembali Al-Aqsa adalah suatu kewajipan bagi ummat Islam seluruh dunia untuk merebut kembali Al-Aqsa yang merupakan maruah ummat Islam yang harus dijaga.

Berlainan pula di bulan Ramadhan, turunnya Al-Quran yang merupakan kitab suci bagi ummat akhir zaman. Dan kekalnya Al-Quran sehingga akhir zaman. Pada bulan ini juga berlaku peristiwa Badar Al-Qubra yang perlu dijadikan pedoman oleh semua ummat Islam bahawa Allah sentiasa bersama perjuangan Islam.

Selepas Syeikh Mustafa Abdul Majid selesai menyampaikan khutbah di Masjid As-Syarbini dan mengimami solat Jumaat, Syeikh kemudiannya menyampaikan sedikit tazkirah seperti biasa, maklumlah Syeikh merupakan khatib jemputan bulanan dan orangnya masyhur tapi wara.'

Syeikh kemudiannya menceritakan sedikit kelebihan amalan di bulan Syaaban. Syeikh menyeru agar berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis sebagai tanda cinta dan kasih kepada junjungan Muhammad s.a.w. yang menjadi penyelamat ummat di dunia dan pemberi syafaat di akhirat.

Suasana menjadi tegang seketika apabila puak2 wahabi bangkit marah kepada syeikh kerana mengucapkan perkara bid’ah. Mereka mendakwa tidak sunat berpuasa pada hari Isnin dan menuntut dalil daripada Syeikh. Di kalangan wahabi itu ada orang Mesir dan ada juga orang Rusia, punya tidak ada adab dengan Syeikh sehingga menyerang seperti kawan mereka.

Itulah ujian yang terpaksa dilalui Syeikh apabila terpaksa berhadapan dengan golongan ini, orang ramai hanya menyaksikan sahaja termasuk ana sendiri, apakah yang akan dijawab oleh Syeikh. Syeikh dengan tenang menjawab bahawa ada dalil, namun Syeikh tidak menyebutnya seolah-olah tidak ingat. Sehinggalah didesak secara kurang kurang ajar oleh orang Wahabi Mesir, maka Allah membantu Syeikh, syeikh lalu menyebutnya dari awal sehingga akhir. Maka terdiamlah orang yang kurang ajar tadi, maka ramailah yang mengerumuni Syeikh selepas daripada selesai memberi tazkirah.
 


Blogger Template By LawnyDesignz