Sunday, December 13, 2009

Bicara tentang 'tazkirah'

Tazkirah bermaksud peringatan. Peringatan buat manusia2 yang sentiasa lalai terhadap tugas atau peranan sebagai hamba Allah. Ini kerana mereka yang bergelar manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan dosa. Disebabkan itulah kita perlu kepada peringatan yang dapat memandu kehidupan kita sehari-hari. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat kepada orang2 yang beriman.

Bila sebut tentang tazkirah mesti ada orang yang menyampaikannya dan bila ada orang yang menyampaikannya mesti ada pendengarnya. Samada kita berbicara tentang tazkirah melalui penulisan atau pertuturan, keduanya mesti melibatkan 2 pihak dan bukan satu pihak sahaja bak kata orang bertepuk sebelah tangan pasti tidak berbunyi. Begitu juga perkahwinan mesti ada orang yang hendak kahwin dan orang yang hendak dikahwini barulah berlakunya perkahwinan.

Orang yang bertutur

Hendaklah orang yang bertutur atau menyeru orang lain seperti kerjakan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, mestilah orang tersebut berusaha sedaya mungkin untuk mengamalkannya dan jangan hanya tahu berkata sahaja atau tulis sahaja, sebaiknya hendaklah dipraktik kerana masyarakat memandang kita. Bahkan Allah sendiri melaknat orang yang sedemikian, tidak buat apa yang dia perkatakan.

Orang yang mendengar

Hendaklah orang yang mendengar pula melihat kepada apa yang diperkatakan dan bukan melihat siapa yang berkata. Kerana jika kita melihat kepada orang yang berkata-kata semata-mata nescaya perkara tersebut tidak sesekali menguntungkan kita semua bahkan kita akan sentiasa terkebelakang. Kerana apa, kerana orang yang berkata-kata sudah tentu tidak ada yang sempurna, setiap anak Adam melakukan dosa.

0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz