Saturday, August 29, 2009

Syeikh Mustafa Abdul Majid
Syeikh: Syeikhul Azhar
Majlis: Khutbah Jumaat

Pada bulan rejab Allah telah mengfardhukan ummat Islam agar mengerjakan solat 5 waktu dalam peristiwa isra’ mi’raj, manakala syaaban Allah mengajar ummat Islam akan kesatuan ummat dengan pertukaran kiblat ke kaabah yang menjadi tempat berhimpunnya ummat Islam seluruh dunia melalui peristiwa Tahwilul qiblat.

Berbeza pula bulan Ramadhan yang bakal kita hadapi selepas hari ini. Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada ummat Islam. Allah menurunkan semua kitab2 pada bulan Ramadhan. Adapun Suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada bulan 1 Ramadhan, Taurat pada 6 Ramadhan, Injil 9 Ramadhan, begitu juga dengan Zabur dan Al-Quran.

Puasa merupakan ibadat yang berlainan dengan ibadat2 yang lain. Adapun solat, zakat dan haji dikerjakan secara zahir. Berbeza pula dengan ibadat puasa kerana ia merupakan ibadat batiniah yang tidak diketahui oleh sesiapapun melainkan Allah. Puasa juga merupakan satu2 ibadat yang akan dibalas terus oleh Allah tanpa perantaraan.

Syeikh Ahmad Mahmud Karimah
Syeikh: Syeikhul Azhar
Majlis: Khutbah Jumaat


Pada bulan Ramadhan inilah Allah s.w.t. membangkitkan seorang Rasul kepada kita dengan penurunan Al-Quran, maka kedua-duanya adalah untuk dijadikan sebagai petunjuk dan rahmat kepada sekalian alam. Itulah berkatnya Ramadhan yang dipilih oleh Allah s.w.t. Ramadhan sekali dalam setahun, sebagaimana khamis dan jumaat hari yang paling afdhol dalam sebulan, maka begitu jugalah Ramadhan sekali dalam setahun.

Adakah kita menjadikan Ramadhan itu bersesuaian dengan aktiviti dunia yang kita kerjakan, baik kita berniaga, baik kita bekerja, adakah semuanya menepati dengan intipati Ramadhan itu sendiri. Maksudnya, adakah kita bersedeqah dengan harta yang masih Allah kekalkan kepada kita di bulan Ramadhan ini.

Ana memohon maaf, kerana ini sahaja yang sempat ana faham, selebihnya ana berkhayal kerana terlalu asyik melihat wajah Syeikh Ahmad Mahmud Karim. Maklumlah ini kali pertama ana berjumpa dengannya, maka terpesona melihat wajah ulama yang Allah janji syurga buat mereka. Tambahan pula, khutbah Syeikh begitu lantang sekali sehinggakan, ana hanya memandang mulutnya sahaja.

Apa2 pun ini adalah kelemahan ana…..sekali lagi ana mohon jutaan kemaafan kepada ahli blog masyayikh….

0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz