Saturday, August 22, 2009

Kedatangan RamadhanAna tidak mahu mengambil masa yang banyak, sekadar untuk berkongsi sebuah cerita mengenai Abu Zar Al-Ghifari. Beliau merupakan sahabat Rasulullah, menjadi perompak jalanan pada masa sebelum Jahiliyyah. Bilamana orang melaluinya, dia akan merompak orang tersebut. Itulah Abu Zar Al-Ghifari.

Beliau pernah menyatakan bahawa Nabi s.a.w. telah menasihati beliau dengan 7 perkara. Namun ana hanya akan sebut satu sahaja untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian sempena kedatangan bulan Ramadhan kali ini sebagai BP angkat kepada BKAN Terengganu. Nabi menasihati aku supaya pandang orang yang di bawah dan jangan pandang orang yang di atas.

Apa yang dinasihati Nabi kepada Abu Zar merupakan perkara yang melibatkan urusan dunia. Kita dilarang melihat kepada orang yang di atas seperti, ada orang pakai handphone yang canggih tapi kita pakai handphone yang tiga2sekupang jer(3310). Cuba kita lihat orang yang di bawah kita, mereka langsung tak pakai handphone, tapi paling kurang kita ada juga, biar kita berpada dengan dunia.

Namun berbeza dengan urusan akhirat, kita dilarang memandang orang yang di bawah tapi memandang orang yang di atas. Kita kena tamak dalam urusan akhirat. Sebagai contoh, orang lain tekun solat berjemaah, tapi kita 3 kali sahaja dalam sehari, kemudian kita bandingkan dengan orang yang langsung tidak turun solat berjamaah, lalu kita kata: “kira baguslah aku 3 kali sehari solat jamaah daripada di tidak solat langsung.

Sepatutnya kita berebut untuk buat ibadat di bulan Ramadhan, terutama tadarrus Quran. Perbanyakkan baca Quran di bulan Ramadhan. Kalau BKAN tidak atur program tadarrus, apa salahnya kalau kita tadarrus sama2 dengan kawan kita dalam bilik. Ulama2 dahulu khatam Al-Quran banyak kali dalam sebulan, contohnya Imam Syafie, beliau khatam Quran dalam satu rakaat sembahyang, subhanallah. Begitu juga dengan Imam Hanbali yang khatam Al-Quran banyak kali.

Syeikh juga sempat menceritakan tentang 4 golongan manusia yang menghubungkan dengan Al-Quran, ulama mengatakan ada 4 golongan:

1. Manusia yang memang tinggalkan Al-Quran seperti Yahudi, Nasrani,
Kafir dan Musyrik.
2. Manusia yang hanya tahu membaca Al-Quran sahaja.
3. Manusia yang baca dan kemudian menghayatinya
4. Manusia yang baca, hayati dan beramal dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Oleh itu, jadilah kita golongan yang beramal dengan Al-Quran, beriman dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran serta beramal dengan isi kandungan yang terkandung dalam Al-Quran. Juga beramal dengan hukum hakam Al-Quran.


Majlis: Tazkirah
Syeikh: Syeikh Shahrizan
Jawatan: Timbalan Presiden PMRAM
Tarikh: 21 Ogos 2009-30 Syaaban 1430

0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz