Sunday, August 23, 2009

Permasalahan FeqahHari ini ana kelewatan menghadiri kelas guru menyebabkan ana ketinggalan beberapa bab yang dibincangkan oleh ustaz, namun ana hanya cuba sampaikan apa yang sempat ana dengar daripada ustaz.

Makhraj huruf
Membaca Fatehah mestilah dengan makhraj yang betul, tidak boleh meletakkan makhraj sesuatu huruf pada makhraj huruf yang lain. Contohnya makhraj huruf ك dengan ق dan begitu juga dengan huruf2 yang lain.

Imam yang menanggung najis
Masalah yang seterusnya ialah imam yang menanggung najis. Tidak sah sembahyang kita sekiranya kita berimamkan imam yang menanggung najis. Contohnya, kita ternampak tahi cicak di baju tok imam, maka batal solat kita.

Jarak imam dan makmum
Jarak antara imam dan makmum pada satu2 tempat adalah dengan kadar 300 hasta. Dan boleh sekiranya kita solat hanya berpandungkan makmum tanpa melihat kepada gerak-geri imam. Sekiranya lebih daripada 300 hasta adalah tidak sah. Maka orang yang solat berimamkan TV atau radio adalah tidak sah.

Imam wajib berniat
Sembahyang Jumaat, tok imam wajib berniat imam, adapun sembahyang fardhu tidak wajib. Kalau solat fardhu tidak niat imam tidak batal solatnya, cuma tidak dapat pahala jamaah.

Masalah ketika musafir
Kalau luput solat fardu dalam musafir, boleh diqadho’ pada musafir yang mendatang. Contohnya, tidak sempat solat asar, maka boleh diqadho’ pada waktu maghrib atau isya’ sekiranya masih dalam keadaan musafir. Maknanya boleh jama’ dan qasar. Kalau sudah sampai destinasi, kena solat sempurna.

Orang yang qasar
Orang yang qasar solatnya tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna kerana berlainan rukunnya. Begitu juga masalahnya orang yang hendak solat sempurna tidak boleh mengikut orang yang solat sunat jenazah dan solat gerhana.

Musafir tanpa tujuan
Tidak boleh jamak qasar bagi orang yang musafir tanpa tujuan. Meskipun jarak perjalannya melebihi 2 marhalah, tetap tidak boleh jamak qasar kerana syarat jamak qasar ialah bertujuan yang baik. Bahkan kalau bertujuan untuk maksiat seperti tengok konsert pun tidak boleh jamak dan qasar.

Jamak ta’khir
Jamak ta’khir boleh bercerai atau diselang dengan masa yang lama dan boleh untuk mengerjakan mana2 dahulu, samada solat yang pertama atau yang ke-2. Contohnya, zohor dan asar, boleh kalau mahu solat asar terlebih dahulu ataupun sebaliknya, dengan syarat solat jamak ta’khir.

Beri salam
Sekiranya kita beri salam ketika solat tanpa memalingkan muka ke kanan dan ke kiri, sah solatnya. Ini kerana, berpaling ke kiri dan ke kanan bukanlah rukun tapi sunat sahaja. Yang rukun hanyalah beri salam, itu sahaja.

Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, hari ini merupakan pengajian talaqqi yang terakhir bersama ustaz, memandangkan ustaz mahu memfokuskan kepada imtihan yang akan datang tidak lama lagi, dan ustaz mengaharapkan kita semua mendoakan kejayaan beliau dalam peperiksaan kali ini.


Majlis: Talaqqi kitab
Tajuk: Mukhtasor Soghir(Feqah)
Tarikh: 16 ogos 2009

0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz