Saturday, August 22, 2009

Khutbah Jumaat
Berkata Syeikh, bahawa sejarah terbesar yang berlaku dalam bulan syaaban adalah pertukaran kiblat, yang mana ia merupakan suatu kemuliaan buat ummat Islam. Allah memuliakan Islam dengan pertukaran kiblat pertama iaitu Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram kerana Allah telah mengetahui segala2-nya.

Kita melihat pada hari, sekiranya Masjidil Aqsa itu masih menjadi kiblat pertama ummat Islam sudah tentu Islam akan dihina kerana tertawannya Masjidil Aqsa sekarang. Disebabkan itulah Allah memuliakan Masjidil Haram sebagai kiblat yang ke-2 dimana tidak ada orang yang mampu menawan kaabah sebagaimana tertawannya Masjidil Aqsa.
Hikmah tertawannya Masjidil Aqsa sebagai suatu kesedaran kepada ummat Islam akan kepentingan bersatu-padu dan kepentingan membebaskan Masjidil Aqsa daripada tangan Israel laknatulllah. Dan kaabah itu sebagai suatu hujjah bahawa kita berjaya memelihara kesucian kaabah sehingga hari ini kerana kesatuan kita yang telah kita tunjukkan sebagai ketauhidan kepada Allah meskipun berbeza dari sudut aliran, bangsa dan keturunan.

Syeikh menyebut lagi bahawa 2 cara untuk kita memohon dan mendapat
pertolongan daripada Allah s.w.t.:

1) perlunya kita sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah, begitu juga ketika hendak melakukan kemaksiatan kepada Allah, hendaklah kita menahan nafsu syahawat kita untuk mendapat kenikmatan di akhirat kelak,

2) perlunya kita memohon pertolongan dengan mengerjakan solat(doa) kepada Allah yang merupakan wasilah untuk kita sampai kepada Allah dan mendapat redha yang sebenar di sisinya.

Ketika berdoa kepada Allah, kita hendaklah bersangka baik terhadap Allah dan yakin bahawa Allah akan memaqbulkan doa kita. Dan Syeikh membacakan hadith tentang golongan yang bersangka baik kepada Allah dan berusaha untuk dekat dengan Allah s.w.t.


Maksud hadith: "Aku di dalam sangkaan hambaku......."

Syeikh: Imam Masjid Al-Azhar
Tajuk: Peristiwa di bulan syaaban
Tarikh: 7 ogos 2009- 16 Syaaban 1430

0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz