Menambahkan Taqwa kepada Allah

Allah telah menganugerah kepada kita bulan Ramadhan, yang padanya begitu banyak barakah. Ternyata kita didik oleh Allah s.w.t. dengan bulan Ramadhan. Amalan di bulan Ramadhan dibalas oleh Allah s.w.t. tidak seperti ibadat2 lain. Ini kerana ia merupakan ibadat “dalaman” yang mana tidak diketahui hakikat seseorang itu berpuasa sebab mereka yang tidak berpuasa boleh sahaja mengatakan bahawa mereka sedang berpuasa.
Perso

Carilah bekalan, kerana sebaik-baik bekalan adalah taqwa kepada Allah. Syeikh kemudian menerangkan apa yang dimaksudkan dengan bekalan iaitu kalimahالزاد di sisi Ulama Bahasa. Maksud bekalan di sisi Ulama Bahasa ialah sesuatu yang diperlukan oleh seseorang samada makanan, minuman, peralatan, dan keperluan lainnya. Namun makna yang sebenar ialah taqwa untuk bertemu Allah s.w.t.
Bila berbicara tentang soal taqwa ternyata sudah disentuh oleh Nabi s.a.w. mengenai perihal datangnya malaikat Jibril yang mengajarkan Nabi Muhammad tentang iman, islam dan ihsan. Iman adalah ilmu tauhid, islam adalah ilmu syariat, ihsan adalah ilmu akhlak. Ternyata kesemuanya itu tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai atau mendapat taqwa hati di sisi Allah s.w.t.

Maka, dengan keberkatan Ramadhan ini. Hendaklah kita sama2 mempertingkatkan taqwa kita kepada Allah kerana besar fadhilat di bulan Ramadhan, berganda amalan sehingga 70 puluh kali ganda bahkan lebih daripada itu. Kerjakanlah ibadat2 yang baik seperti bacaan quran, solat sunat tarawwih, qiamu lail, sedeqah dan lain2.