Saturday, September 5, 2009

Menambahkan Taqwa kepada Allah
Ana sempat merakamkan perbicangan mengenai taqwa yang disampaikan oleh Mantan Mufti Kerajaan Mesir, Dr Nasr Farid Wasil di Perhimpunan Pemikiran Islam di Halaman Masjid Saidina Hussain, Kaherah. Ini kali pertama ana bertemu dengan beliau yang juga merupakan guru kepada abangku tercinta Dr Mat Esa bin Deraman(http://tokkupasirgudang.blogspot.com/) dalam pengajian Fiqh Syafie ketika beliau belajar di Mesir pada belasan tahun yang lepas.

Allah telah menganugerah kepada kita bulan Ramadhan, yang padanya begitu banyak barakah. Ternyata kita didik oleh Allah s.w.t. dengan bulan Ramadhan. Amalan di bulan Ramadhan dibalas oleh Allah s.w.t. tidak seperti ibadat2 lain. Ini kerana ia merupakan ibadat “dalaman” yang mana tidak diketahui hakikat seseorang itu berpuasa sebab mereka yang tidak berpuasa boleh sahaja mengatakan bahawa mereka sedang berpuasa.

Persoalan yang perlu timbul bila membicarakan tentang Ramadhan ialah kenapa Allah pilih Ramadhan, dan tidak bulan lain? Pasti ada hikmahnya, kerana Allah nak uji hamba2nya. Dan kenapa Allah balas ibadat puasa sahaja, sedangkan ibadat lain seperti solat, zakat dan haji tidak sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah jadikan Ramadhan itu bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, sehingga Allah sahaja yang layak membalasnya, sesuai dengan apa yang dikerjakan oleh hamba tersebut.

Carilah bekalan, kerana sebaik-baik bekalan adalah taqwa kepada Allah. Syeikh kemudian menerangkan apa yang dimaksudkan dengan bekalan iaitu kalimahالزاد di sisi Ulama Bahasa. Maksud bekalan di sisi Ulama Bahasa ialah sesuatu yang diperlukan oleh seseorang samada makanan, minuman, peralatan, dan keperluan lainnya. Namun makna yang sebenar ialah taqwa untuk bertemu Allah s.w.t.

Bila berbicara tentang soal taqwa ternyata sudah disentuh oleh Nabi s.a.w. mengenai perihal datangnya malaikat Jibril yang mengajarkan Nabi Muhammad tentang iman, islam dan ihsan. Iman adalah ilmu tauhid, islam adalah ilmu syariat, ihsan adalah ilmu akhlak. Ternyata kesemuanya itu tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai atau mendapat taqwa hati di sisi Allah s.w.t. Mengucapkan 2 kalimah syahadah, mengerjakan solat, menunaikan zakat, membayar zakat, mengerjakan haji, ternyata hanya perbuatan dan perkataan semata-mata dan manusia mampu melihatnya dan itu tidak cukup untuk mengatakan mereka itu beriman. Ternyata iman mengajar agar hati turut mengakui sedemikian, keimanan kepada Allah sehingga akhir.

Maka, dengan keberkatan Ramadhan ini. Hendaklah kita sama2 mempertingkatkan taqwa kita kepada Allah kerana besar fadhilat di bulan Ramadhan, berganda amalan sehingga 70 puluh kali ganda bahkan lebih daripada itu. Kerjakanlah ibadat2 yang baik seperti bacaan quran, solat sunat tarawwih, qiamu lail, sedeqah dan lain2.
Silaturrahim adalah hubungan dengan orang yang terdekat iaitu kaum kerabat. Apa yang dimaksudkan adalah mereka yang ada pertalian darah. Bahawasanya Allah memuji orang yang menjaga hubungan silaturrahim kerana takut pada perhitungan yang buruk di akhirat kelak. Menghubungkan silaturrahim juga merupakan perintah Allah sebagaimana yang terdapat pada ayat yang banyaknya.

Orang yang memutuskan silaturrahim adalah dilaknat oleh Allah sebagimana dalil daripada Al-Quran surah Ar-Ra’du ayat 25.(boleh rujuk). Allah menyuruh kita menghubungkan silaturrahim dan bukannya memutuskan hubungan silaturrahim. Telah berkata Ali bin Hussain ketika menasihati sebahagian anak2nya: “Janganlah engkau putuskan hubungan silaturrahim kerana aku dapati yang demikian perbuatan tersebut telah Allah laknat pada 3 tempat.

Dalilnya:

Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.” (Riwayat Baihaqi).

Nabi juga bersabda, diriwayatkan Abu Hurairah r.a.: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Kesimpulannya

Maka, adalah rahmat Allah tidak akan turun terhadap satu2 kaum yang padanya ada orang yang memutuskan hubungan silaturrahim. Agaknya macam mana keadaan orang yang putuskan hubungan silaturrahim? Kita kena ingat, bila kita ditimpa masalah pasti kita rujuk kepada seseorang(keluarga), jadi tidak rugi kalau kita menghubungkan silaturrahim. Sebaik-baik silaturrahim adalah kita mengalah dengan mereka.

Maka wajib bagi kamu menghubungkan silaturrahim dan jangan memutuskannya kerana yang demikian itu sebesar-besar dosa dan balasannya akan disegerakan di dunia, kalau tidak, Allah pasti simpan balasan bagi orang yang putuskan silaturrahim di akhirat dengan azab yang sangat pedih.

Majlis: Sebulan bersama “Syeikh”
Syeikh: Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Kitab: An-Nasaih Ad-Diniyyah
 


Blogger Template By LawnyDesignz