Friday, December 31, 2010

Mari Renung Sejenak Bersama Al-Faqir


Perbuatan Tawassul adalah diharuskan, dan tidak ada nas yang menunjukkan penegahan daripada baginda s.a.w. Oleh itu, isu atau perbahasan hukun janganlah dipanjang lebarkan, dan jangan pula sampai mengharamkan orang lain melakukan perbuatan tersebut, kononnya kamilah Nasirus Sunnah, sementara orang lain semuanya Bida'ah. Apakah tidak ada ruang untuk orang lain kebaikan, dan ianya hanya mutlak untuk kita?

Tidak, tidak sama sekali. Apakah di zaman Nabi, apabila ada di kalangan para sahabat yang melakukan sesuatu yang tidak disuruh baginda, lalu baginda mengatakannya bid'ah, tidak ada kan, makan berlapang dada lah terhadap kebaikan dan niat orang lain. Janganlah sampai kita mengambil tugas Allah pula, untuk menghukum orang itu kafir, dan orang ini kafir, bimbang2 kita termasuk di dalam golongan tersebut.

Tawassul berasal daripada bahasa arab yang membawa maksud meminta-minta. Bukan bermaksud kita meminta kepada orang yang berada di dalam kubur. Akan tetapi kita memintanya kepada Allah. Sementara mereka yang berada di dalam qubur adalah sebagai "pengantara" antara kita dengan Allah. Contoh mudah, tatkala kita sakit, kemudian telan pil sekian2, terus sembuh, terus dia menyebut, kerana aku makan pil inilah aku sembuh, apakah dia dikira syirik?

Tidak, bukankan perkara syirik berkait dengan hati, dan bukankah yang dapat menilai hati kita itu cuma Allah? Bahkan kalau ditanya kepada orang tersebut, apakah ubat atau Allah yang menyembuhkan kamu? Ternyata dia akan menjawab Allah, dan ubab itu cuma sebagai sebab. Bukankah Allah taala berfirman di dalam Al-Quran, tidak kami ciptakan sesuatu itu dengan sia2, dan lagi, ikutlah sebab yang telah kami jadikan. Kalau ada yang tidak percaya dengan sebab, apakat jika kamu sakit, jangan sesekali makan ubat atau cari tabib, bisa ngak?

Berbalik kepada mereka yang di dalam qubur sebagai "pengantara" orang yang hidup dengan zat Illahi yang kekal. Sebagaimana yang kita tahu, bahawa alam barzakh adalah alam antara 2 alam iaitu dunia & akhirat. Dan menziarahi mereka adalah suatu perkara yang dituntut, apalagi kalau mereka itu dikalangan para auliya' Allah. Sekiranya menziarahi mereka ketika hidup adalah dituntut, apalagi setelah wafat, lebih2 lagi dituntut.

Ternyata para Auliya' tidak mati sebagaimana para anbiya' dan orang2 syahid. Bahkan kita pernah mendengar cerita dalam hadith yang sahih, bilamana dikumpul mayat2 orang kafir quraisyh dalam peperangan Badar, Nabi bercakap dengan mayat kafir tersebut, kemudian salah seorang sahabat menegur perbuatan Nabi lalu bertanya, adakah mereka mendengarnya, jawab Nabi, ia bahkan dia lebih mendengar daripada kamu.

Nah, secara logiknya, anak2 kecilpun mampu berkata2, kalau orang jahat lebih mendengar apabila orang yang hidup bercakap dengannya, apatah lagi orang2 soleh, auliya'2 Allah, dan orang yang tinggi darjatnya di sisi Allah, lebih2 lagilah mereka mendengarnya. Mungkin di sana orang bertanya, kenapa tidak minta langsung sahaja kepada Allah, bukankah dia Maha Mendengar.

Jawapannya mudah, memang benar Allah itu Maha Mendengar, tapi apakah Allah mahu mendengar rintihan kita, padahal kita sentiasa memekakkan telinga tatkala firman Allah bertutur dan hadith Nabi bertasbih, tidak sama sekali, bahkan kita asyik dan leka dengan maksiat yang kita kerjakan. Sebagai contoh mudah, jika kita hendak meminta sponsor, tajaan, bantuan daripada seseorang ternama, Dato' lah kita katakan,....

Padahal dia tidak sesekali mengenali kita yang biasa ini, apakah pada kiraan kita, permintaan kita akan diterima dengan mudah dan begitu sahaja, tidak mungkin sahabat2 sekalian. Ternyata melalui orang yang rapat dengan Dato' tersebut seperti, Ketua Kampung, atau ayah sahabat kita yang mempunyai hubungan darah dengan Dato' tersebut, umpamanya kita pada hari ini, sokongan lah untuk meluluskan sesuatu.

Begitu juga dalam mengaitkan hubungan kita dengan Allah, kita dengan Allah jauh sekali, jadi tidak salah memohon kepada orang yang lebih hampir kepada Allah supaya dia dapat menyampaikan hajat atau maksud kita kepada Allah, siapa tahu Allah akan memperkenankannya dengan hampirnya martabat dan kedudukannya di sisi Allah.

Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah

 


Blogger Template By LawnyDesignz