Sunday, April 25, 2010


Mari Renung Sejenak Bersama Al-Faqir


Jangan keliru dengan sebahagian kalam para ustaz khusus di Malaysia yang mengatakan bahawa Aisyah pernah mengandung lalu keguguran. Lalu anaknya yang keguguran itu diberi nama Abdullah. Ianya adalah rentetan daripada gelaran ulama' hadith kepada Aisyah iaitu "Ummu Abdillah". Sebab itu, bila kita merujuk kepada hadith2 yang diriwayatkan oleh Aisyah, pasti kita dapati gelaran Ummu Abdillah kepada Aisyah r.a. selain daripada Ummu Al-Mu'minin.

Fakta daripada para muhaddith menyatakan bahawa kalimah Ummu Abdillah adalah gelaran sebagai suatu penghormatan sebagaimana Humaira', walhal ianya tidak ada di dalam nuskhah asli, cuma kalimah tambahan sehaja. Fakta daripada ulama' Tarikh pula menyatakan bahawa antara sebab diberikan gelaran Ummu Abdillah bukan atas sebab anaknya keguguran, sebaliknya merupakan anak angkat kepada Aisyah dan juga Rasulullah s.a.w.

Tambahan kepada fakta tersebut, diceritakan oleh ulama' Sirah bahawa Abdullah di sini adalah Abdullah bin Zubair Al-Awwam. Beliau adalah anak kepada kakak Aisyah iaitu Asma' binti Abu Bakar As-Sidiq dan Saidina Zubair Al-Awwam. Beliau juga merupakan anak saudara baginda s.a.w. dan Aisyah r.a. Abdullah bin Zubair ini mati di tangan Raja Hajjaj bin Yusof As-Saqofi dalam keadaan disular/disalib.


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliah Usuluddin, Kaherah


0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz