Sunday, April 25, 2010


Mari Renung Sejenak Bersama Al-Faqir

Tha'labah adalah salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang pernah menyertai perang Badar bersama-sama Rasulullah. Adalah ahli2 Badar ini dijamin syurga keseluruhannya dan tidak terkecuali walau seorangpun, dan ini termasuklah Tha'labah Al-Khusyaniyyi. Diampun bagi mereka dosa2 yang lalu dan yang akan datang. Subhanallah, Maha luas Pengampunan dan Rahmat Allah ke atas hamba2Nya yang benar2 ikhlas berjuang pada jalan Allah.

Namun terngiang di telinga kita bilamana diceritakan para ustaz atau para pendakwah, tentang suatu pengriwayatan hadith tentang Tha'labah yang mana beliau adalah seorang yang miskin, lalu mohon doa daripada Nabi s.a.w. lalu Nabi berdoa dan doperkenankan oleh Allah akan doanya itu. Namun tatkala diperintahkan untuk mengeluarkan zakat beliau enggan berbuat demikian seolah-olah kufur pada nikmat pemberian Allah. Beliau tidak diterima zakatnya sehinggalah mati.

Ma'ruf, hukum tidak membayar zakat adalah dosa besar, dan boleh hilang status 'sahabat Rasulullah', namun benarkah kisah tersebut. Telah berkata Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Al-Kittani bahawa cerita tersebut adalah tidak sampai kepada Rasulullah, bermaksud bukanlah hadith, namun maudhu' semata-mata. Manhaj para muhaddithin, mereka tidak akan meriwayatkan hadith tersebut, sekiranya mereka ingin meriwayatkannya mesti menyebut status hadith tersebut.

Namun kenapa sebilangan para ulama' masih meriwayatkan hadith tersebut, khususnya ulama' tasawuf, ma'ruf bahawa pandangan ulama' tasawuf tidak boleh dijadikan hujah namun sebagai tazkiyyatu Al-nafsu dan fadhailul a'mal. Mereka banyak mengambil kisah2 dhaif dan maudhu' sebagai teladan dalam bicara mereka kepada orang ramai. Mereka melihat dari sudut peneladanan, namun ulama' hadith melihatnya sebagai amanah.

Bagi ulama' hadith, meriwayatkan hadith2 kazib adalah fasiq, kerana melakukan pendustaan kepada Nabi s.a.w. Manakala berkait tentang kisah Tha'labah pula, ia merupakan pendustaan kepada sahabat Nabi s.a.w. Maka, kata mereka jangan riwayatkan hadith ini melainkan untuk memberi faham kepada mereka agar tidak terpengaruh bahawa hadith ini dari Nabi s.a.w. Perkara ini disebut oleh Ibnu Hajar Asqolani dalam kitabnya Al-Isobah.

Bagi ulama' tasawuf pula, mereka beranggapan bahawa kisah ini benar dan perlu dibicarakan di bawah tajuk "syukur pada nikmat Allah". Kata mereka, "bukankah Allah telah mengampunkan dosa mereka yang lalu dan juga yang akan datang, dan sahabat bukan maksum, jadi kemungkinan sahaja mereka melakukan dosa seperti itu, lagipun Tha'labah akhirnya diterima zakatnya pada zaman Uthman bin Affan, dan beliau sempat bertaubat, jadi matinya dalam keadaan redha.

Kesimpulannya, mengikut pendapat ulama' hadith, hadith yang berkenaan "celakalah kamu wahai Tha'labah, sedikit nikmat yang membawa kamu bersyukur lebih baik daripada banyak nikmat yang menjadikan kamu tidak mampu menanggungnya". Itulah maksud hadith yang diriwayatkan oleh At-Tabrani, Al-Baihaqi dan At-Tobari. Di dalamnya terdapat 2 orang perawi yang dipertikaikan iaitu Mun'an bin Rifaa'h As-Salami dan Ali bin Yazid Al-hani.

Namun Al-Faqir berpendapat, kisah ini mungkin sahaja benar, kebarangkaliannya adalah 50%, mungkin sahaja orang tersebut juga bernama Tha'labah, tapi bukan Tha'labah sahabat Nabi, tapi Tha'labah lain, kerana mana mungkin dan tidak masuk akal langsung orang yang dipersaksikan keimanannya oleh Allah dan RasulNya melakukan perkara yang sedemikian dan hinanya pengakhiran kehidupan seorang sahabat Nabi yang merupakan Ahli Badr.

Tidak kalian mendengar hadith nabi s.a.w. yang bermaksud "buatlah apa yang kamu suka wahai ahli Badr kerana Allah telah mengampunkan segala dosa2 kamu(baik yang telah lalu mahupun yang akan datang)." Seeloknya, nasihat Al-Faqir agar kisah ini tidak diungkit lagi tanpa menyebut statusnya kerana bimbang kalau2 kita menghina sahabat Nabi yang mulia ini, kerana nabi s.a.w. pernah bersabda "barangsiapa yang mencela sahabat2ku maka laknat Allah ke atasnya, malaikat2 dan manusia keseluruhannya...


Hadith riwayat Bukhari, Muslim, dan kitab karangan Ibnu Hajar
Rujukan Al-Faqir bersama Syeikh Muhaddith Al-Kittani dan Syeikh Murabbi Muhanna



Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliah Usuluddin, Kaherah


0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz