Monday, April 26, 2010


Mari Renung Sejenak Bersama Al-Faqir


Terdapat binatang yang halal dibunuh bahkan dapat pahala sekiranya melakukan demikian. Ia bukan menunjukkan bahawa Islam mengajar kita membuat zalim kepada makhluk ciptaan Allah seperti haiwan, namun pensyariatan ini bertujuan maslahan dan ada sejarah2nya, dan ada sebahagian binatang itu telah dilaknat sehingga kiamat seperti cicak yang cuba membunuh Nabi Ibrahim dan ular yang cuba mematuk Nabi Muhammad.

Perkara ini mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah pihak, namun Islam menganggapnya begitu besar, sehingga ulama' menyusun suatu kita mengenai perkara2 yang kecil dan mudah namun pahalanya berlipat ganda, besar pada pandangan Islam. Dan 5 binatang tersebut yang halal dibunuh adalah berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a.: "5 binatang jahat yang perlu dibunuh, baik ada di tanah halal mahupun di tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing hitam dan helang." (riwayat muslim)


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliyah Usuluddin, Kaherah

Sunday, April 25, 2010


Mari Renung Sejenak Bersama Al-Faqir

Tha'labah adalah salah seorang sahabat Nabi s.a.w. yang pernah menyertai perang Badar bersama-sama Rasulullah. Adalah ahli2 Badar ini dijamin syurga keseluruhannya dan tidak terkecuali walau seorangpun, dan ini termasuklah Tha'labah Al-Khusyaniyyi. Diampun bagi mereka dosa2 yang lalu dan yang akan datang. Subhanallah, Maha luas Pengampunan dan Rahmat Allah ke atas hamba2Nya yang benar2 ikhlas berjuang pada jalan Allah.

Namun terngiang di telinga kita bilamana diceritakan para ustaz atau para pendakwah, tentang suatu pengriwayatan hadith tentang Tha'labah yang mana beliau adalah seorang yang miskin, lalu mohon doa daripada Nabi s.a.w. lalu Nabi berdoa dan doperkenankan oleh Allah akan doanya itu. Namun tatkala diperintahkan untuk mengeluarkan zakat beliau enggan berbuat demikian seolah-olah kufur pada nikmat pemberian Allah. Beliau tidak diterima zakatnya sehinggalah mati.

Ma'ruf, hukum tidak membayar zakat adalah dosa besar, dan boleh hilang status 'sahabat Rasulullah', namun benarkah kisah tersebut. Telah berkata Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Al-Kittani bahawa cerita tersebut adalah tidak sampai kepada Rasulullah, bermaksud bukanlah hadith, namun maudhu' semata-mata. Manhaj para muhaddithin, mereka tidak akan meriwayatkan hadith tersebut, sekiranya mereka ingin meriwayatkannya mesti menyebut status hadith tersebut.

Namun kenapa sebilangan para ulama' masih meriwayatkan hadith tersebut, khususnya ulama' tasawuf, ma'ruf bahawa pandangan ulama' tasawuf tidak boleh dijadikan hujah namun sebagai tazkiyyatu Al-nafsu dan fadhailul a'mal. Mereka banyak mengambil kisah2 dhaif dan maudhu' sebagai teladan dalam bicara mereka kepada orang ramai. Mereka melihat dari sudut peneladanan, namun ulama' hadith melihatnya sebagai amanah.

Bagi ulama' hadith, meriwayatkan hadith2 kazib adalah fasiq, kerana melakukan pendustaan kepada Nabi s.a.w. Manakala berkait tentang kisah Tha'labah pula, ia merupakan pendustaan kepada sahabat Nabi s.a.w. Maka, kata mereka jangan riwayatkan hadith ini melainkan untuk memberi faham kepada mereka agar tidak terpengaruh bahawa hadith ini dari Nabi s.a.w. Perkara ini disebut oleh Ibnu Hajar Asqolani dalam kitabnya Al-Isobah.

Bagi ulama' tasawuf pula, mereka beranggapan bahawa kisah ini benar dan perlu dibicarakan di bawah tajuk "syukur pada nikmat Allah". Kata mereka, "bukankah Allah telah mengampunkan dosa mereka yang lalu dan juga yang akan datang, dan sahabat bukan maksum, jadi kemungkinan sahaja mereka melakukan dosa seperti itu, lagipun Tha'labah akhirnya diterima zakatnya pada zaman Uthman bin Affan, dan beliau sempat bertaubat, jadi matinya dalam keadaan redha.

Kesimpulannya, mengikut pendapat ulama' hadith, hadith yang berkenaan "celakalah kamu wahai Tha'labah, sedikit nikmat yang membawa kamu bersyukur lebih baik daripada banyak nikmat yang menjadikan kamu tidak mampu menanggungnya". Itulah maksud hadith yang diriwayatkan oleh At-Tabrani, Al-Baihaqi dan At-Tobari. Di dalamnya terdapat 2 orang perawi yang dipertikaikan iaitu Mun'an bin Rifaa'h As-Salami dan Ali bin Yazid Al-hani.

Namun Al-Faqir berpendapat, kisah ini mungkin sahaja benar, kebarangkaliannya adalah 50%, mungkin sahaja orang tersebut juga bernama Tha'labah, tapi bukan Tha'labah sahabat Nabi, tapi Tha'labah lain, kerana mana mungkin dan tidak masuk akal langsung orang yang dipersaksikan keimanannya oleh Allah dan RasulNya melakukan perkara yang sedemikian dan hinanya pengakhiran kehidupan seorang sahabat Nabi yang merupakan Ahli Badr.

Tidak kalian mendengar hadith nabi s.a.w. yang bermaksud "buatlah apa yang kamu suka wahai ahli Badr kerana Allah telah mengampunkan segala dosa2 kamu(baik yang telah lalu mahupun yang akan datang)." Seeloknya, nasihat Al-Faqir agar kisah ini tidak diungkit lagi tanpa menyebut statusnya kerana bimbang kalau2 kita menghina sahabat Nabi yang mulia ini, kerana nabi s.a.w. pernah bersabda "barangsiapa yang mencela sahabat2ku maka laknat Allah ke atasnya, malaikat2 dan manusia keseluruhannya...


Hadith riwayat Bukhari, Muslim, dan kitab karangan Ibnu Hajar
Rujukan Al-Faqir bersama Syeikh Muhaddith Al-Kittani dan Syeikh Murabbi Muhanna



Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliah Usuluddin, Kaherah



Mari Renung Sejenak Bersama Al-Faqir


Perbuatan melewatkan sembahyang dengan sengaja adalah ditegah/dilarang dalam Islam. Sekiranya tidak sengaja, maka yang demikian dimaafkan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Perkara ini disebut oleh Allah sendiri di dalam Al-Quran yang bermaksud "celakalah orang2 yang sembahyang yakni orang2 yang meringan2kan sembahyangnya" surah Al-Ma'un dan oleh Nabi s.a.w. di dalam sabda baginda "perkara yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya".

Berdasarkan firman Allah di atas, para ulama' menafsirkan ayat tersebut iaitu pada kalimah "lilmusollin" yang bermaksud orang yang melewatkan sembahyangnya sebagai contoh "subuh badak". Perbuatan yang lazim orang amalkan dan sukar untuk ditinggalkan. Perkara ini ditafsir oleh sahabat Nabi sendiri iaitu Ibnu Abbas sebagaimana yang diriwayatkan dalam tafsir At-Tobari yang merupakan kitab rujukan pertama di atas muka bumi.

Berkenaan melewatkan solat ini juga diceritakan sendiri oleh Nabi s.a.w tatkala beliau melihat dengan mata kepala beliau sendiri ketika peritiwa Isra' dan Mi'raj. Nabi diperlihatkan bagaimana orang yang selalu melewat2kan solatnya di atas muka bumi dahulu, mereka menghantut kepala mereka pada batu yang besar sehingga berkecai kepalanya lalu tumbuh kembali, kemudian dihantuknya lagi dan begitulah sehingga lunas dosa2nya.

Apabila ditanya kepada Jibril, itulah dia ummatmu yang sayang tempat tidurnya daripada bangun untuk solat sekaligus menggambarkan kepada kita perihal/balasan melewatkan solat subuh. Itulah sebahagian daripada gambaran2 yang diperlihatkan oleh Allah kepada kekasihNya Muhammad s.a.w. untuk diberitakan kepada ummatnya agar bisa mengambil tauladan/pengajaran sebagai pedoman kehidupan. Ini diceritakan oleh Syeikh Taha Afifi dalam "wasoya Rasulullah".


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliah Usuluddin, Kaherah


Mari Renung Sejenak Bersama Al-Faqir


Jangan keliru dengan sebahagian kalam para ustaz khusus di Malaysia yang mengatakan bahawa Aisyah pernah mengandung lalu keguguran. Lalu anaknya yang keguguran itu diberi nama Abdullah. Ianya adalah rentetan daripada gelaran ulama' hadith kepada Aisyah iaitu "Ummu Abdillah". Sebab itu, bila kita merujuk kepada hadith2 yang diriwayatkan oleh Aisyah, pasti kita dapati gelaran Ummu Abdillah kepada Aisyah r.a. selain daripada Ummu Al-Mu'minin.

Fakta daripada para muhaddith menyatakan bahawa kalimah Ummu Abdillah adalah gelaran sebagai suatu penghormatan sebagaimana Humaira', walhal ianya tidak ada di dalam nuskhah asli, cuma kalimah tambahan sehaja. Fakta daripada ulama' Tarikh pula menyatakan bahawa antara sebab diberikan gelaran Ummu Abdillah bukan atas sebab anaknya keguguran, sebaliknya merupakan anak angkat kepada Aisyah dan juga Rasulullah s.a.w.

Tambahan kepada fakta tersebut, diceritakan oleh ulama' Sirah bahawa Abdullah di sini adalah Abdullah bin Zubair Al-Awwam. Beliau adalah anak kepada kakak Aisyah iaitu Asma' binti Abu Bakar As-Sidiq dan Saidina Zubair Al-Awwam. Beliau juga merupakan anak saudara baginda s.a.w. dan Aisyah r.a. Abdullah bin Zubair ini mati di tangan Raja Hajjaj bin Yusof As-Saqofi dalam keadaan disular/disalib.


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliah Usuluddin, Kaherah


 


Blogger Template By LawnyDesignz