Sunday, December 13, 2009


Jaminan syurga untuk para sahabat Nabi


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو

Maksudnya:

Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya: Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya tentang satu kumpulan, katanya: Pernah baginda RasululLah s.a.w bersabda 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Zubair, Tolhah, Abdul Rahman, Abu ‘Ubaidah, Sa’ad Bin Abu Waqqas - maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya: Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga? – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmizi) menyatakan: “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “

- (Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmizi)

Bicara tentang 'tazkirah'

Tazkirah bermaksud peringatan. Peringatan buat manusia2 yang sentiasa lalai terhadap tugas atau peranan sebagai hamba Allah. Ini kerana mereka yang bergelar manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan dosa. Disebabkan itulah kita perlu kepada peringatan yang dapat memandu kehidupan kita sehari-hari. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat kepada orang2 yang beriman.

Bila sebut tentang tazkirah mesti ada orang yang menyampaikannya dan bila ada orang yang menyampaikannya mesti ada pendengarnya. Samada kita berbicara tentang tazkirah melalui penulisan atau pertuturan, keduanya mesti melibatkan 2 pihak dan bukan satu pihak sahaja bak kata orang bertepuk sebelah tangan pasti tidak berbunyi. Begitu juga perkahwinan mesti ada orang yang hendak kahwin dan orang yang hendak dikahwini barulah berlakunya perkahwinan.

Orang yang bertutur

Hendaklah orang yang bertutur atau menyeru orang lain seperti kerjakan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, mestilah orang tersebut berusaha sedaya mungkin untuk mengamalkannya dan jangan hanya tahu berkata sahaja atau tulis sahaja, sebaiknya hendaklah dipraktik kerana masyarakat memandang kita. Bahkan Allah sendiri melaknat orang yang sedemikian, tidak buat apa yang dia perkatakan.

Orang yang mendengar

Hendaklah orang yang mendengar pula melihat kepada apa yang diperkatakan dan bukan melihat siapa yang berkata. Kerana jika kita melihat kepada orang yang berkata-kata semata-mata nescaya perkara tersebut tidak sesekali menguntungkan kita semua bahkan kita akan sentiasa terkebelakang. Kerana apa, kerana orang yang berkata-kata sudah tentu tidak ada yang sempurna, setiap anak Adam melakukan dosa.

Friday, December 11, 2009

Selamat Datang ke blog E-Tazkiirah

jom kembara ilmu bersama saya

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dan tidak lupa selawat serta salam buat junjungan agung kita Nabi Muhammad s.a.w.Alhamdulillah akhirnya ana telah mendapat insiatif terbaru untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu dengan sahabat2 sekalian sekaligus sebagai tatapan, renungan dan muhasabah kita bersama dalam mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t.

Tujuan kita belajar tidak lain dan tidak bukan untuk mendapat keredhaan Allah. Tujuan kita menambah ilmu di dada kita juga bukannya bertujuan untuk mengangkat diri, untuk sombong, untuk menghina orang lain, menghentam ulama, dan menentang Islam, tapi tujuan kita mencari ilmu yang sebenarnya adalah semata-mata untuk mendekatkan lagi diri kita yang semakin jauh ini kepada Allah azza wajall.

Kali ini ana berkesempatan untuk mengubah cara mengurus blog ni, kalau sebelum ni ana lebih mengfokuskan kalam masyayikh yang ana ikuti namun kali ni ana lebih kepada tazkirah, kalam2 ulama dalam kitabnya, ceramahnya dan lebih kepada perkongsian agama yang akan ana tulis pada masa akan datang. Maka kali ini lebih meluas berbanding sebelumnya, insyaAllah. Sebabnya, ana rasa tidak mampu untuk bawakan perbincangan syeikh2 yang ana ikuti kerana terlalu rumit ana rasa.

Akhirnya, tolong doakan agar ana dapat istiqamah dalam perkongsian kita akan datang. Ana juga memohon kepada Allah supaya diberi keberkatan masa untuk ana mengisi mutiara2 di ruangan blog ini, amin. Sudi-sudilah mengutip mutiara di blog ini dan sebarkan kepada sahabat2 kalian, insyaAllah ada manfaatnya. Jika ada sebarang kesilapan boleh betulkan di ruangan shoutbox @ komen di bawahnya. Sekian, wassalam...
 


Blogger Template By LawnyDesignz